Archive for the ‘Ekaristi Kudus’ Category

Buat kali pertamanya dalam sejarah, sejak 40 tahun yang lalu, Misa Kudus Extraordinary (Tridentine) telah dirayakan di St. Peter’s Basilica, Roma oleh American Archbishop Raymond Burke.

Kepada umat Katolik di Sabah, Misa Latin Tradisional dirayakan sekali sebulan di Rumah Datuk Conrad Mojuntin, Kg. Duhunsug,  Penampang. [http://tlmsabah.yolasite.com/]

Peta ke lokasi:

Kg Duhunsug, Penampang

Deo gratias.

http://www.insidethevatican2.com/index.php?option=com_myblog&show=letter-36-from-rome-introibo-ad-altoare-.html&Itemid=169

Malaysia Herald On-line telah menyiarkan satu artikel tulisan Fr. Paderi Ron Rolheiser yang bertajuk “Ekaristi sebagai perayaan setiap hari”.

Fr. Rolheiser telah mendefinisikan Ekaristi atau Misa Kudus sebagai

“Ekaristi ialah menjadi satu perjamuan keluarga, perayaan komuniti, satu tempat seperti meja dapur dan ruang tamu, di mana kita berkumpul dengan sesama, untuk berkongsi hidup seharian, merayakan perayaan istimewa dengan orang lain, untuk menasihati dan menangis bersama apabila hidup penuh dengan dukacita serta berhimpun bersama demi kebaikan bersama.”

Adakah keterangan ini benar-benar menggambarkan ajaran Katolik yang sebenarnya tentang Misa Kudus? Adakah Ekaristi hanya sekadar suatu ‘perjamuan’ sahaja (seperti yang difahami oleh umat Protestan) atau satu tempat seperti meja dapur (!).  Mengikut ajaran Katolik, Ekaristi ialah Tubuh dan Darah Kristus yang sebenar-benarnya. Ekarisiti Kudus adalah suatu Sakramen. Adakah Tubuh dan Darah Kristus hanya dilihat sebagai suatu ‘perjamuan’ atau disamakan seperti sebuah meja dapur (!).

Yesus Kristus terjadi dalam Ekaristi Kudus semasa upacara Korban Misa Kudus.

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan ini:

https://katolik.wordpress.com/2007/06/27/apakah-misa-kudus/

https://katolik.wordpress.com/2007/07/01/apakah-misa-kudus-part-ii/

https://katolik.wordpress.com/2007/06/30/konsep-korban/

Kyrie eleison!

Rujukan:

http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/2824-1-19-Ekaristi-sebagai-perayaan-setiap-hari

Di manakah kesetiaan umat Katolik terutama sekali mereka yang memegang jawatan tinggi dalam Gereja Roman Katolik? Sri Paus Benedict XVI telah mengeluarkan perintah dalam bentuk motu propio yang bertajuk Summorum Pontificum. Secara ringkas, motu propio ini memberi kelonggaran yang ketara bahawa para paderi diperbolehkan merayakan Misa Kudus Extraordinary Form (Misa Latin Tradisional) tanpa apa-apa sekatan daripada para Uskup. Malah, para Uskup diseru agar memberikan bantuan kepada paderi untuk memenuhi permintaan umat yang inginkan Misa Kudus Exraordinary Form di paroki mereka masing-masing. Tetapi di Manila, Uskup Agung Manila, Rev. Gaudencio B. Cardinal Rosales, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Summorum Pontificum tidak berkuatkuasa di Manila. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan perintah Sri Paus Benedict XVI? Saya menyeru kepada semua umat Katolik agar berdoa untuk Sri Paus Benedict XVI agar beliau sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan Tuhan Allah dan mendapat sokongan padu daripada semua umat Katolik di seluruh dunia.

Pautan: Archdiocese of Manila

Deo gratias.

Artikel ini ditulis atas dasar untuk memperbetulkan fakta tentang Misa Tridentine (atau Misa Latin Tradisional) yang dilaporkan dalam laman web Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu. Ada beberapa fakta yang telah luput atau ‘sengaja’ disembunyikan daripada perhatian umat Katolik di Sabah khasnya.  Saya menggunakan perkataan ‘sengaja’ kerana saya pernah menghantar e-mel kepada tuan punya laman web tersebut untuk memperkemaskinikan fakta-fakta kerana umat Katolik berhak diberi maklumat yang tepat, betul dan terkini. Permintaan saya itu tidak diendahkan!

Dalam menjawab soalan: Was the Tridentine Mass banned?, saya dapati jawapannya masih tidak dikemaskini. Dokumen rasmi Gereja yang terkini  tentang Tridentine Mass dengan sengaja tidak disiarkan iaitu Motu Propio Summorum Pontificum yang diterbitkan atas arahan Paus Benedict XVI sendiri pada 7 Julai 2007. Tempohnya sudah setahun lebih tetapi dokumen ini masih ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan umum (terutamanya umat Katolik). Apakah motif Gereja tempatan berbuat demikian? Para pembaca juga boleh membaca blog saya tentang dokumen ini di sini.

Dokumen Motu Propio Summorum Pontificum telah menjelaskan bahawa paderi Katolik boleh tanpa kebenaran (khas) daripada Uskup untuk merayakan Misa Latin Tradisional tanpa apa-apa sekatan. Ditekankan juga bahawa Uskup haruslah (dengan murah hati dan cintakasih) untuk membantu umat Katolik yang benar-benar ingin mengikuti perayaan Misa Kudus Tridentine.

Seorang rakan saya berkongsikan pengalamannya apabila mengemukakan secara lisan kepada Uskup diosis Keningau untuk mengikuti Misa Kudus Tridentine. Jawapan Uskup amat mengecewakan kerana beliau hanya mengatakan bahawa Misa Extra Ordinary (Tridentine) tidak ditawarkan di diosis ini dan menyambung bahawa Misa Ordinary (Misa Novus Ordo) adalah ‘valid’ (sah) dan umat Katolik hanya perlu menghadiri Misa Novus Ordo tanpa perlu mencari Misa Kudus Extra Ordinary. Jawapan Uskup itu bertentangan dengan hasrat Paus Benedict XVI dalam dokumen Motu Propio Summorum Pontificum.  Keesahan Misa Novus Ordo tidak menjadi persoalan tetapi permintaan yang dikemukakan ialah Misa Latin Tradisional, dan tidak ada kena mengena dengan isu ‘keesahan’ Misa Novus Ordo.

Apabila dibuat perbandingan di antara Misa Tridentine dengan Misa Novus Ordo, didapati perbandingan itu tidak dibuat secara tepat dan bertanggungjawab. Ada unsur atau cubaan untuk menyembunyikan fakta penting.

In a Tridentine Mass:
* Everything is in Latin
* The priest conducts the liturgy facing East, leading the community who are behind him
* Everything happens strictly and precisely according to the rubrics (instructions)
* The congregation follows the Mass in private prayer and doesn’t play an active part

Bahasa yang digunakan dalam Misa Tridentine bukannya 100% dalam bahasa Latin. Khutbah paderi adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa tempatan (bergantung kepada paderi/umat). Sesetengah respon adalah dalam bahasa Greek (eg. Kyrie Eleison).  Memang benar kebanyakan masa paderi akan menghadap ke Timur atau ke Altar dan memimpin umat untuk menghadap Tuhan. Di samping itu, paderi juga TIDAK dibenarkan mengubah rubrik (arahan) pelaksanaan Misa sesuka hati.  Perbezaan keempat yang dinyatakan adalah TIDAK BENAR. Kongregasi (atau umat) mengikuti Misa bukan secara bersendirian tetapi mereka juga sama-sama dengan paderi MENDOAKAN MISA KUDUS TRIDENTINE. Umat bukannya berdoa bersendirian atau sendiri-sendiri (atau syiok sendiri).  Umat bersama-sama dengan paderi akan mengucapkan doa-doa dalam Missal dalam hati masing-masing seiringan dengan paderi.  Walaupun paderi kebanyakannya akan berdoa dalam senyap, tetapi umat masih dapat mengikuti perkembangan Misa kerana melihat segala kejadian yang berlaku di hadapan (Altar).  Penglibatan umat adalah AKTIF kerana melibatkan pemikiran, hati dan jiwa setiap umat yang mengikuti Misa Tridentine.  Suasana senyap dan ‘solemn’ sesuai dengan kehadiran Tuhan Allah yang suci dan kudus.  Umat tidak diganggu dengan kebisingan lain seperti bunyi drum, gitar, pengumuman-pengumuman melalui pembesar suara, persembahan tarian, pukulan gong dan sebagainya.

Seterusnya mari kita lihat perbandingan ke atas Misa Novus Ordo:

In the new version of the Mass:

  • The priest faces the congregation as part of the community
  • The congregation plays an active part. The liturgists believed that the Mass was the concern of the whole Body of Christ – including the lay members of the Church, and therefore they said liturgy should be “celebrated in community with the active participation of the faithful.” They added:
  • To promote active participation, acclamations by the people are favoured, responses, the chanting of psalms, antiphons, canticles, also actions or gestures and bodily postures. One should also observe a period of sacred silence at an appropriate time.
  • The language of the place when the Mass is being celebrated (vernacular language) is used – this was done, as Pope John Paul II put it, “so that every individual can understand and proclaim in his or her mother tongue the wonders of God.”

Apabila Paus Paul VI memperkenalkan Misa Kudus Novus Ordo dan selaras dengan rumusan daripada Konsili Vatican II, paderi sepatutnya menghadap Altar dan ke Timur (ad orientem). Umat berada di belakang dan dipimpin oleh Paderi.  Perubahan kepada posisi Paderi merupakan suatu inovasi atau perubahan baru yang asing.

Perbandingan kedua juga tidak tepat kerana dalam Misa Kudus Tridentine, umat adalah juga aktif turut serta dalam Misa tetapi dalam keadaan yang lebih ‘solemn’: kudus dan suci.  Penglibatan aktif umat dengan cara yang keterlaluan (atau melampau) seperti kugiran (band), server perempuan, Communion minister, tarian, pukulan gong dan sebagainya) bukanlah tujuan asal Misa Novus Ordo. Ini semua merupakan inovasi yang dibuat-buat. Penglibatan aktif yang dimaksudkan merupakan tiruan daripada perayaan servis gereja Protestan yang hambar.  Sehinggakan umat dibenarkan berdiri dan memegang Komuni Kudus dengan tangan yang kotor!!!

Dalam perbezaan ketiga, bahasa yang sepatutnya digunakan dalam Misa Novus Ordo ialah kekal bahasa Latin seperti yang ditentukan oleh Konsili Vatican II tetapi tidak diendahkan.  Jika dibuat perbandingan antara Misa Novus Ordo yang asal dengan Misa Novus Ordo yang terkini, umat akan nampak jelas perbezaannya.  Apabila dibandingkan pula dengan Misa Tridentine, perbezaannya akan menjadi jauh berbeza sehinggakan ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang selama ini dipertahankan dalam Misa Tridentine menjadi terancam kerana Misa Novus Ordo menyerupai sembahyang Protestan.  Misa Tridentine yang dilihat selama ini sebagai ‘Korban Agung’ menjadi ‘Penglibatan Umat Yang Aktif’ dalam Misa Novus Ordo.  Jika anda tidak percaya, pergilah bertanyakan mereka yang kerap kali menghadiri Misa Novus Ordo: Apakah Misa? Jawapan mereka memang amat mengejutkan!

Akhir sekali sumber maklumat yang diberikan ternyata mengelirukan: http://www.latinmass.org/www.bbc.co.uk

Mungkinkah anda akan mendapat maklumat tepat tentang Misa Tridentine daripada www.bbc.co.uk?

Deo gratias.

Ramai umat Katolik yang tidak yakin dengan seruan saya untuk berhenti daripada terus menyambut Tubuh Kristus dengan kaedah yang tidak hormat iaitu berdiri dan menyambut dengan tangan. Kaedah yang sepatutnya ialah umat harus BERLUTUT dan menyambut Tubuh Kristus di atas LIDAH. Tetapi apa kata Paus Benedict XVI tentang perkara ini?

Saya terbaca satu laporan daripada laman web www.dici.org yang bertajuk ‘Communion Received Kneeling and on the Tongue on Corpus Christi at the Lateran‘ yang berbunyi:

During the sermon he gave during the Mass of Corpus Christi, on Thursday May, 22, in the square before the Basilica of St. John of Lateran, Benedict XVI affirmed: “To kneel before the Eucharist is to profess our liberty: he who kneels down before Jesus cannot and must not prostrate before any earthly power, no matter how strong it may be,” and he added: “we, Christians, kneel only before the Blessed Sacrament, because in it we know and believe that we are in the presence of the only true God, who created the world, and love it to the point of giving it His only Son.” At the time of communion, the faithful who received the host from the hand of the pope, were invited to kneel on a prie-dieu and receive on the tongue.

Terjemahan:

Semasa menyampaikan khutbahnya semasa Misa Corpus Christi pada Khamis 22 Mei 2008, di square di hadapan Basilika Santo Yohanes dari Lateran, Benedict XVI mengesahkan bahawa: “Berlutut di hadapan Ekaristi merupakan tanda nyata bahawa kita adalah dibebaskan, dia yang berlutut di hadapan Yesus tidak boleh dan tidak sepatutnya merebahkan badan di hadapan penguasa dunia, walau sekuat manapun penguasa dunia itu”, dan Paus terus berkata: “kita, umat Kristian, hanya berlutut di hadapan Sakramen Kudus, kerana dalam Dia [Yesus], kita tahu dan percaya bahawa kita berada di dalam kehadiran Tuhan Allah yang satu dan benar, yang mencipta dunia, mengasihinya sehingga sanggup menyerahkan Anak-Nya yang tunggal. Semasa penerimaan komuni, umat beriman yang menerima hostia daripada tangan Paus diminta berlutut dan menerima Tubuh Kristus dengan lidah.

In this respect, on several occasions, Archbishop Albert Malcom Ranjith, secretary of the Congregation for Divine Worship and the Discipline of the Sacraments has recalled that “the Mass is not a show,” and pointed out that communion in the hand “should be a practice to revise”: “I am convinced of the urgency of giving once more the host directly in the mouth of the faithful without their touching it,” and “of returning to the practice of genuflecting for communion as a sign of respect.” (Source: Apic)

Archbishop Albert Malcom Ranjith, setiausaha Congregation for Divine Worship and the Discipline of the Sacraments menegaskan bahawa Misa bukanlah suatu pertunjukan, dan beliau menyarankan agar amalan menerima komuni dengan tangan haruslah dikaji semula.

DEO GRATIAS.

Seorang Uskup Auxiliary Bishop Athanasius Schneider of Karaganda, Kazakhstan berkata bahawa umat Katolik sepatutnya berlutut dan menyambut Komuni Kudus dengan lidah:

Kisah Para Rasul  7
7:60 Sambil berlutut ia berseru dengan suara nyaring: “Tuhan, janganlah tanggungkan dosa ini kepada mereka!” Dan dengan perkataan itu meninggallah ia.

Roma  14
14:11 Karena ada tertulis: “Demi Aku hidup, demikianlah firman Tuhan, semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku dan semua orang akan memuliakan Allah.”

Markus  1
1:40 Seorang yang sakit kusta datang kepada Yesus, dan sambil berlutut di hadapan-Nya ia memohon bantuan-Nya, katanya: “Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku.”

Filipi  2
2:10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi,

Beliau menambah: “If some nonbeliever arrived and observed such an act of adoration perhaps he, too, would ‘fall down and worship God, declaring, God is really in your midst,” yang dipetik dari surat pertama kepada umat di Korintus.

Bacalah artikel tersebut sepenuhnya di sini.

Saya masih ingat akan seruan-seruan Paderi Novus Ordo yang menggalakkan penyertaan aktif umat dalam upcara Misa Novus Ordo setiap minggu seperti mengambil bahagian dalam nyanyian rohani dan juga sahutan-sahutan seperti yang tercatat dalam buku Misa. Selain itu, kita juga melihat beberapa orang umat terpilih untuk bertugas sebagai warden, extra-ordinary minister atau Communion minister, pembaca, commentator, koir, pelayar altar dan sebagainya.  Inilah yang dikatakan sebagai penyertaan aktif umat tetapi daripada 1000 atau 2000 orang, berapakah orangkah yang benar-benar ‘aktif’ dalam perayaan Misa Novus Ordo?  Penyertaan umat semakin ketara apabila kita melihat peranan wanita semakin menonjol (dibandingkan dengan lelaki).

Tidak cukup dengan itu, kita akan melihat beberapa orang umat juga ‘aktif’ terlibat sebagai penari, pemain alat muzik (seperti drum, gitar, keyboard dan sebagainya) dan kanak-kanak pula turut terlibat apabila mereka disajikan dengan Misa Remaja (Teen Mass) atau Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK).  Kanak-kanak dengan sengaja, diasingkan daripada perayaan Misa sebenar dan sebaliknya ‘merayakan’ LSKK yang dipimpin oleh seorang sister.  Ini bermaksud kanak-kanak tersebut tidak terlibat dengan perayaan Korban sebenar Yesus di kayu salib.  Tidakkah Gereja sedar bahawa Misa merupakan doa yang paling agung dan kanak-kanak yang dibawa keluar daripada perayaan Misa merupakan satu tindakan yang merugikan kanak-kanak tersebut dan membahayakan jiwa mereka? Inikah yang dikatakan penyertaan aktif umat dalam perayaan Misa Kudus?

Sesuatu yang mengejutkan saya ialah apabila saya melihat kembali sejarah penglibatan saya dalam Misa Novus Ordo, tidak pernah saya diajar atau paderi mengajar bahawa umat sepatutnya mendoakan Misa Kudus (pray the Mass).  Misa Kudus adalah satu Doa paling agung antara semua doa.  Namun, dalam Misa Novus Ordo, kita melihat bahawa perayaannya lebih menyerupai suatu tayangan (presentation) atau ‘pertunjukkan di atas pentas’ yang dipertontonkan kepada umat dan umat turut mengambil bahagian supaya tayangan itu lebih ‘menyeronokkan’.  Sebab itulah, kadang kala dimasukkan elemen asing  lain seperti pertunjukkan PowerPoint atau slaid elektronik ataupun tayangan VCD/DVD semasa Misa Kudus! Semua inovasi atau pengubahsuaian ini  menjadikan Misa Novus Ordo bukan lagi satu Korban suci Yesus di kayu salib yang benar-benar berlaku. Umat tidak lagi memahami apakah Misa Kudus setelah disajikan dengan pelbagai pertunjukkan yang benar-benar ‘menyeronokkan’ sehinggakan anda akan mendengar tepukan gemuruh umat apabila sesuatu pertunjukkan itu selesai. Jika anda tidak mempercayai kata-kata saya ini, anda tanyakan satu soalan: “Apakah Misa?” kepada mana-mana umat setelah Misa Kudus selesai dirayakan. Anda akan terkejut dengan jawapan yang anda akan terima!

Dalam Misa Kudus Tradisional, saya diajar supaya pray the Mass. Inilah saya saya lakukan semasa Misa Kudus (Tridentine) dan inilah penyertaan aktif yang sepatutnya dilakukan oleh umat Katolik semasa menghadiri Misa Kudus Tridentine.

Deo gratias.

Misa Kudus ialah korban bagi Perjanjian Baru apabila Kristus melalui perantaraan para paderi, mempersembahkan Diri-Nya kepada Allah Tritunggal Mahakudus dengan cara yang tidak berdarah (unbloody manner) dalam rupa bentuk roti dan wain.

Dalam sejarah awal Gereja, Misa dikenali sebagai Pemecahan Roti, Perjamuan Tuhan, Korban, Ekaristi, Liturgi Suci atau Solemnity of the Lord.

Korban lama jauh daripada sempurna. Kambing biri-biri merupakan korban yang tidak layak untuk dijadikan persembahan kepada Tuhan sebagai memperakukan kebesaran dan kuasa Tuhan. Semasa manusia masih terikat dengan Perjanjian Lama, Tuhan telah menyatakan hasrat-Nya untuk menukarkan korban lama dengan korban baru yang sempurna.

Sejak awal lagi, Gereja tidak pernah gagal mengajar bahawa Misa benar-benar korban sejati. Korban Misa dipersembahkan dan ditujukan kepada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus sahaja. Walau bagaimanapun, Misa Kudus boleh dipersembahkan kepada Tuhan sebagai tanda hormat untuk para orang kudus (saints), para malaikat, dan terutama sekali pada waktu hari kebesaran (feasts) mereka.

Siapakah yang merayakan Misa pertama? Juruselamat kita yang suci iaitu Yesus Kristus sendiri semasa Perjamuan Akhir, malam sebelum kematian-Nya. Pada waktu itu, Yesus Kristus mempersembahkan diri-Nya sebagai Korban yang sempurna kepada Bapa yang Kekal, di bawah rupa bentuk roti dan wain. (Mark 14:22-25).

Pada hari berikutnya, Yesus Kristus menyempurnakan (consummated) Korban Suci itu dengan sepenuh kerelaan dengan membiarkan diri-Nya menerima Kesengsaraan (Passion) dan kematian di atas kayu salib oleh orang-orang Yahudi.

Misa adalah korban yang sebenar-benarnya, iaitu Mangsa dipersembahkan untuk tujuan manusia berbaik semula dengan Tuhan. Yesus Kristus atas kehendak-Nya menjadikan Kesengsaraan dan Kematian-Nya sebahagian daripada Misa dan oleh itu menjadikannya SATU.

Deo gratias. Amen.

Sebagai seorang umat Katolik, adakah kita dapat menerangkan makna Misa Kudus? Apakah Misa Kudus? Saya telah mendefinisikan Misa Kudus sebagai KORBAN. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya tekankan di sini bahawa konsep Korban yang akan saya terangkan di sini adalah dikaitkan dengan Misa Kudus Tridentine (Traditional Latin Mass) dan bukannya merujuk kepada Misa Kudus Novus Ordo atau Pauline Mass (Misa Baru).

Apakah korban? Korban ialah mangsa (seperti haiwan atau hasil tanaman) yang dipersembahkan oleh paderi kepada Tuhan Allah Tritunggal MahaKudus dan persembahan itu dimusnahkan (kebiasaannya dibakar atau diubah bentuk seperti dimakan) sebagai pengakuan manusia bahawa Allah (Tritunggal MahaKudus) adalah pencipta dan Tuhan segalanya.

Manusia mempersembahkan korban kepada Tuhan sebagai memperaku (acknowledge) akan kekuasaan-Nya yang agung, dan sebagai tanda kesyukuran atas segala anugerah-Nya kepada kita, terutama sekali anugerah kehidupan (gift of life). Keperluan untuk mempersembahkan korban merupakan sesuatu yang lumrah dan semula jadi dalam kehidupan manusia, sama seperti keperluan kita untuk bernafas. Oleh kerana manusia datang daripada Tuhan maka jiwanya sentiasa mencari Tuhan.

Apabila Tuhan menghembuskan nafas-Nya kepada manusia, maka manusia menerima roh (jiwa) yang memberinya nyawa (hidup) yang kekal (immortal) sama seperti Tuhan sendiri. Tanpa nyawa dan roh, seseorang manusia tidak bisa berbuat apa-apa, dan tidak mungkin dapat mengenali atau mencari Tuhan. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi kita hidup dan roh/jiwa.

Atas kemurahan Tuhan kepada manusia, kita harus memberikan sesuatu kembali kepada Tuhan sebagai balasan atau ‘bayaran’, terutama sekali kerana kita menerima kehidupan secara percuma daripada Tuhan.

Oleh kerana anugerah Tuhan itu tersangat besar nilainya, kita tidak mampu memberikan sesuatu kembali kepada Tuhan sebagai bayaran atau balasan yang setimpal. Jika kita menerima suatu cincin berlian berharga RM5000, kita hanya membayar 2 sen! Bayaran yang kita buat, tidak setimpal dengan benda yang kita terima.

Tuhan memberikan kita anugerah kehidupan yang tidak ternilai harganya, dan kita membayarnya dengan sesuatu yang bersifat kebendaan atau material? Oleh kerana kita tidak mempunyai apa-apa yang dapat membalas kebaikan Tuhan, maka kita buat yang terbaik dengan mempersembahkan kepada Tuhan apa yang kita mampu buat. Persembahan terbaik itu dipanggil korban.

Sejak dunia ini mula-mula dicipta, manusia memperaku kewujudan dan kebesaran Tuhan dengan mempersembahkan korban. Mula-mula ia dipersembahkan, kemudian dimusnahkan atau diubah bentuknya sama ada dimakan atau dibakar. Pemusnahan suatu objek yang nyata merupakan simbol dalaman adorasi (adoration) dan persembahan (offering), apabila manusia menyerahkan jiwanya kepada Tuhan, Pencipta.

Dalam bahasa seharian, kita bercakap tentang pengorbanan seperti seorang ibu yang berkorban demi anak-anaknya, seorang askar berkorban demi negaranya. Maksud korban di sini ialah kita menyerahkan sesuatu (kepunyaan kita sendiri) yang bernilai demi orang lain. Jadi, dalam persembahan korban kita kepada Tuhan, kita menyerahkannya demi kasih kita terhadap Tuhan.

Persembahan korban merupakan satu upacara atau perlakuan yang dikhaskan hanya untuk Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus sahaja, kerana upacara membuat persembahan dan melakumusnahkannya (oblation) merupakan upacara penyembahan atau adorasi. Untuk menjadikan upacara ini suatu upacara keagamaan yang solemn, maka manusia sejak sejarah awal, menetapkan bahawa seorang paderi (yang telah ditahbiskan) akan menjadi perantara antara Tuhan dan manusia.

Apakah tujuan korban? Tujuan korban ialah untuk memberi penghormatan tertinggi dan adorasi (adoration atau pemujaan) kepada Tuhan, mengucap syukur kepada-Nya (thanksgiving), mengemukakan permintaan (petition) dan pertobatan (propitiation).

Apakah bentuk persembahan korban? Korban dipersembahkan dalam bentuk berdarah seperti korban binatang (lembu, kambing biri-biri, burung merpati) atau tidak berdarah (buah-buahan, wain, atau gandum). Manusia yang tidak mengenali Tuhan, dengan pemikiran yang terpesong, mempersembahkan korban manusia kepada patung (idols) mereka.

Ave Maria, gratia plena.

Misa Kudus yang akan saya takrifkan di sini merujuk kepada Misa Kudus Latin Traditional (Traditional Latin Mass atau Tridentine Mass) dan bukan Misa Kudus Novus Ordo. Kepada mereka yang kerap kali menghadiri Misa Kudus Novus Ordo, anda dijemput membuat perbandingan tentang takrifan kedua-dua Misa ini. Saya percaya anda akan terkejut dengan perbezaan yang ketara wujud antara kedua-dua Misa ini yang sering kali dianggap Misa yang sama.

Misa Kudus yang juga dikenali sebagai Ekaristi Kudus adalah suatu sakramen dan merupakan satu KORBAN (dalam kata erti yang sebenar dan bukan sekadar gambaran minda sahaja) apabila Juruselamat kita Yesus Kristus, tubuh dan darah, jiwa dan kekudusan-Nya (divinity), dalam satu persembahan, dikorbankan dan diterima dalam bentuk roti dan wain. Erti Misa Kudus yang pertama dan utama ialah ia merupakan satu KORBAN. Apakah maksud kata ‘korban’ di sini? Adakah ia hanyalah satu bayangan atau imaginasi manusia.

Apakah maksud sakramen? Sakramen ialah suatu tanda luaran (fizikal) yang diberikan kepada umat manusia oleh Kristus sendiri untuk menyalurkan rahmat Tuhan kepada kita semua. Hanya Kristus yang berupaya memberikan kita ketujuh-tujuh sakramen (Permandian (Baptism), Penguatan (Confirmation), Ekaristi Kudus, Pengakuan (Penance), Sakramen Orang Sakit (Extreme Unction), Kejadian Paderi (Holy Orders) dan Perkahwinan (Matrimony) kerana hanya Tuhan Allah (Tritunggal MahaKudus) sahaja yang memiliki kuasa untuk memberi rahmat kepada kita. Gereja tidak mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu sakramen.Tanda luaran (fizikal) ini merupakan sesuatu yang dapat dikesan oleh deria manusia seperti dapat dilihat, dirasai, didengar dan sebagainya. Oleh kerana kita adalah manusia fizikal, maka sebagai manusia, hubungan kita dengan Tuhan haruslah juga bersifat fizikal.Ekaristi Kudus juga dipanggil Sakramen Kudus kerana ia merupakan Sakramen yang paling sempurna kerana Sakramen ini memberikan Kristus kepada kita (tubuh dan jiwanya).

Apabila kita menerima atau menyambut Ekaristi Kudus, ia dipanggil Komuni Kudus. Jika ia disambut oleh seseorang umat yang sakit kuat atau menghampiri ajalnya, ia dipanggil Holy Viaticum.

Kristus memberikan kita Ekaristi Kudus apabila Dia: mengambil roti, mengucap syukur dan membahagi-bahagikannya seraya berkata “Take and eat; this is My body“, kemudian Dia mengambil piala yang berisi wain, mengucap syukur dan memberikannya kepada mereka seraya berkata “All of you drink of this: for this is My blood of the new convenant which is being shed for many unto the forgiveness of sins“; lalu Dia berkata kepada murid-murid-Nya “Do this in remembrance of Me.

Semasa konserkrasi ini, keseluruhan substan roti benar-benar bertukar menjadi tubuh Kristus dan keseluruhan substan wain benar-benar bertukar menjadi darah-Nya. Proses ini dipanggil transubstantiation. Walau bagaimanapun, rupa bentuk dan rasa roti dan wain kekal tidak berubah. Tubuh dan Darah Kristus kekal hadir dalam roti dan anggur yang telah dikonsekrasikan selagi rupa bentuk fizikal roti dan wain itu masih kekal. Ia berakhir apabila roti dan wain itu telah disambut dan ditelan/diminum. Ini juga bermakna bahawa walau setitik kecil wain atau sekecil manapun cebisan roti yang gugur di atas lantai, keseluruhan Tubuh dan Darah Kristus kekal ada dan hadir dalam roti dan anggur itu.

Pada waktu itu, Yesus mempersembahkan diri-Nya kepada Bapa di Syurga dan Dia sendiri menjadi Mangsa Korban yang sempurna dan menyenangkan hati Tuhan.Kenapakah Kristus memberikan kita Tubuh dan Darah-Nya dalam Ekaristi Kudus? Sebabnya ialah:

  1. supaya Tubuh dan Darah-Nya dapat dipersembahkan sebagai KORBAN yang mengenangkan (commemorate) dan memperbaharui korban di kayu salib. (1 Korintus 11:26)
  2. supaya dapat diterima atau disambut sebagai Komuni Kudus. (Yohanes 6:48, 56, 58).
  3. supaya Tubuh dan Darah-Nya kekal di altar sebagai bukti kukuh cinta kasih-Nya dan dapat disembah (worship) oleh umat Katolik.

Deo gratias.




  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers