Archive for the ‘Relativisme’ Category

Sri Paus mengajak semua umat Katolik bersama masyarakat bukan Katolik untuk berdoa bersama-sama demi menghapuskan pandemik Coronavirus seperti yang dilaporkan dalam pautan ini: http://ikatolik.com/paus-meminta-umat-manusia-berpuasa-dan-berdoa-bersama-pada-14-mei/?fbclid=IwAR0r7fS88kFncr-c-_YNFfXi8ZU4l1ftZrX8k3794vz6aZpS3lDqhWXtcww.

Kenapakah kita harus berdoa bersama-sama dengan umat bukan Katolik. Bukankah di seluruh dunia ini sudah terdapat berbillion orang yang menganuti agama Katolik? Apabila berbillion umat Katolik menyertai Misa Kudus dan juga berdoa Rosari, tidakkah Tuhan mahu mendengar doa kita? Bukankah Misa Kudus itu merupakan bentuk doa tertinggi dalam kebaktian Katolik? Tidakkah Bonda Maria mahu menolong kita apabila kita berdoa kepadanya dengan sungguh-sungguh?

Jika kita berdoa BERSAMA-SAMA dengan orang bukan Katolik, bukankah kita juga berdoa kepada tuhan-tuhan mereka? Kita sepatutnya berdoa UNTUK mereka, bukan berdoa DENGAN mereka. Tuhan Yesus, para Rasul dan juga Alkitab tidak pernah mengajar kita berdoa bersama-sama dengan orang yang tidak seiman dengan kita. Malah, kita ditegah berbuat demikian kerana ia merupakan dosa yang berat.

Ini adalah antara bukti bahawa Gereja masa kini menghadapi krisis iman yang parah. Keretakan iman sudah bermula dari hirarki teratas dan ramai umat Katolik menjadi kebingungan dan terikut-ikut dengan tindakan yang bersifat heresy (sesat).

Apakah punca krisis seperti ini? Jawapannya adalah Vatican II (1970an). Salah satu ajaran salah Vatican II adalah ecumenism. Ajaran palsu ecumenism menyarankan kita supaya ‘berbaik-baik’ dengan umat agama lain dengan tidak menyebarkan Khabar Gembira Yesus kepada mereka. Ia mengajar bahawa tidak ada keperluan untuk mereka memeluk agama Katolik, seolah-olah keselamatan juga wujud di luar Gereja (universal salvation). Para uskup dan paderi tidak lagi mahu merujuk kepada ajaran Tradisi Suci tetapi hanya berpegang kepada dokumen Vatican II sahaja. Ini melahirkan ramai uskup dan paderi yang bersikap liberal, sentiasa ada kemahuan untuk membuat pembaharuan atau perubahan ke atas dogma, doktrin dan ajaran sebenar agama Katolik.

Sekian, terima kasih.

Apakah maksud perkataan ‘liberal’? Daripada WordWeb 5.0, ‘liberal’ diertikan mengikut jenis kata: Liberal (kata nama):

  1. A person who favours a political philosophy of progress and reform and the protection of civil liberties
  2. A person who favours an economic theory of laissez-faire and self-regulating markets (tidak berkaitan)

Liberal (kata adjektif):

  1. Showing or characterized by broad-mindedness
  2. Having political or social views favouring reform and progress
  3. Tolerant of change; not bound by authoritarianism, orthodoxy, or tradition
  4. Given or giving freely
  5. Not literal

Bagaimana harus diungkapkan pemahaman pemikiran umat Katolik yang ‘liberal’? Pegangan kepada ciri-ciri liberal diberi istilah sebagai ‘liberalism’. Tetapi apakah ‘liberalism’ dan kaitanya dengan Iman Katolik? Bolehkah umat Katolik berfikiran sedemikian dan pada masa yang sama mengaku dirinya sebagai umat Katolik yang taat? Persoalan ini harus dijawab dengan penuh hati-hati iaitu secara intelek dan bukannya secara beremosi. Tetapi kita tidak pula harus takut kepada Kebenaran kerana hanya melalui Kebenaran seseorang manusia dapat dibebaskan daripada perangkap Iblis dan godaan Duniawi. Daripada tafsiran Kamus WordWeb 5.0, kita dapat katakan bahawa seseorang yang berfikiran ‘liberal’ memiliki ciri-ciri berikut:

  1. menyokong arus kemajuan dan reformasi terutamanya mengutamakan hak-hak awam (atau hak manusia)
  2. berfikiran terbuka
  3. menyenangi kepada perubahan; dan tidak tertakluk kepada pihak berkuasa (yang memegang autoriti) atau peraturan lama (tradisi)
  4. amat senang untuk melepaskan atau memberikan sesuatu yang ‘dimiliki’
  5. corak pemikiran cenderung kepada perkara yang tersirat

Sebagai permulaan, perkataan ‘liberal’ berasal daripada kata Latin ‘liber’ yang bermaksud ‘bebas’. Pegangan atau kepercayaan kepada ‘liberalism’ dikatakan menyalahi Iman Katolik oleh Sri Paus Pius X. Beliau menamakan ‘liberalism’ moden sebagai ‘modernism‘.  Untuk penjelasan lanjut tentang ‘modernism’, sila klik pautan ini: https://katolik.wordpress.com/2007/03/31/apakah-modernism/. Daripada artikel ini, saya berharap para pembaca akan dapat menyelami maksud istilah ‘liberalism’ ataupun ‘modernism’ kerana kedua-dua perkataan ini adalah amat berkait rapat. Mungkinkah umat Katolik yang ‘liberal’ pemikirannya tidak akan menolak apa-apa perubahan (yang dilabelkan sebagai kemajuan) ataupun reformasi ke atas ajaran, doktrin dan dogma Katolik? [Oleh kerana penulis tidak berfikiran liberal, maka amat sukar untuk membayangkan pemikiran seorang Katolik liberal. Diharapkan akan ada komen daripada mereka yang berfikiran ‘liberal’ supaya diskusi ini lebih seimbang.] Pemikiran liberal ini tidak hanya terhad kepada umat biasa sahaja kerana ada sebilangan klerik tertinggi dalam Gereja Roman Katolik (dan memegang jawatan-jawatan tinggi di Vatican, Rom) berfikiran liberal. Hasilnya ialah perubahan-perubahan yang jauh tersimpang daripada pegangan asal (Tradisi Suci) Gereja seperti ajaran-ajaran sesat (heresy’) berikut:

  1. Semua agama sama benar atau mengajar Kebenaran. [heresy]
  2. Semua penganut tanpa mengira agama menyembah Tuhan yang sama. [heresy]
  3. Kebenaran tidak lagi bersifat mutlak tetapi relatif kepada pemikiran manusia. [heresy]
  4. Hak manusia lebih diutamakan daripada hak Pencipta (Tuhan Allah). [heresy]
  5. Kesilapan juga mempunyai hak atau ‘Error’ has rights. [heresy]
  6. Manusia bebas beragama atau mempunyai hak mutlak beragama mengikut pilihan hati. [heresy]
  7. Umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran ‘lama’ atau Tradisi Suci dianggap umat yang kolot atau ketinggalan zaman atau ‘sombong’ dalam dunia yang sempit.
  8. Manusia tidak lagi takut kepada dosa kerana Tuhan Allah Maha Pengasih. Malah mereka yang di Neraka juga akan dibebaskan atas belas kasihan Tuhan Allah [heresy]
  9. Keselamatan jiwa manusia terbuka kepada semua orang tanpa melalui Yesus atau Gereja Roman Katolik. [heresy]
  10. Oleh kerana hak manusia ditingkatkan maka manusia bebas untuk membuat perubahan mengikut arus pemodenan dunia seperti berfesyen yang semakin kurang benangnya.

Banyak lagi yang boleh saya senaraikan di atas tetapi mengikut Catholic Encyclopedia, ‘liberalism’ ditentang kerana sebab-sebab berikut: Liberalism (dalam erti kata yang sebenar) membuat tuntutan bahawa manusia mempunyai autonomi penuh ke atas keintelektualannya, kemoralannya dan susunan masyarakatnya. Itu bermakna, liberalism menolak secara praktikal kewujudan Tuhan Allah atau agama yang ‘supernatural’ (luar alam). Jika diikuti pemikiran liberalism secara logikal, maka secara teorinya mengajar bahawa Allah tidak wujud, dan sebaliknya meletakkan manusia sebagai allah. Pemikiran ‘liberalism’ telah ditegah sekeras-kerasnya dalam pemikiran ‘rationalism’ dan juga ‘naturalism’. Kedua-dua pemikiran songsang Naturalism dan Rationalism telah dilarang dalam dokumen rasmi Gereja berikut:

  1. Constitution “De Fide” of the Vatican Council (1870)
  2. Liberalism by Pius IX in the Encyclical “Quanta cura” of 8 December, 1864 and the attached Syllabus.
  3. Pius X condemned it again in his allocution of 17 April, 1907
  4. Decree of the Congregation of the Inquisition of 3 July, 1907,
  5. Encyclical of Gregory XVI, “Mirari Vos”, of 15 August, 1832

dan banyak lagi. Deo gratias.

Saya akui bahawa blog ini sudah agak lewat dalam memaparkan pandangan-pandangan baru tentang agama Roman Katolik disebabkan kesibukan kerjaya dan juga kesihatan yang tidak begitu memuaskan (mungkin diakibatkan penggunaan komputer yang terlalu kerap). Walaupun begitu, saya berasa terpanggil untuk terus menyumbangkan pandangan peribadi untuk tatapan anda semua.

Untuk itu saya mahu merujuk kepada artikel yang bertajuk “Islam’s growth result of western relativism, warns Muslim convert” (secara kasar terjemahannya: Islam semakin berkembang disebabkan oleh fahaman relativism barat, amaran bekas umat Muslim) yang diterbitkan oleh Catholic News Agency. Saya tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud ‘relativism’?

Mengikut kamus WordWeb, relativism bermaksud “the philosophical doctrine that all criteria of judgment are relative to the individuals and situations involved” atau “doktrin falsafah yang menyatakan bahawa semua kriteria penghakiman atau penilaian adalah relatif kepada individu dan situasi yang terlibat”. Dengan kata lain, apa-apa pun penghakiman (mahupun keputusan) yang kita buat adalah berdasarkan kepada pandangan individu atau keadaan semasa.

Adakah anda menerima fahaman relativism ini sebagai suatu yang BENAR? Adakah fahaman relativism ini merupakan suatu doktrin Kristian dan diterima pakai dalam kehidupan kita sebagai pengikut Kristus Yesus yang setia?

Magdi Christian Allam berpendapat bahawa “the ideology of relativism that pervades the West and claims that there are many truths instead of one unique Truth”. Saya sependapat dengan beliau dan menekankan di sini bahawa ideologi relativism yang banyak diterima pakai oleh orang-orang Barat menyebabkan manusia kini (terutama orang-orang Kristian) mempercayai kewujudan ‘banyak’ kebenaran dan menolak satu KEBENARAN yang UNIK. Apabila Yesus mengatakan bahawa ‘Akulah Kebenaran’, adakah Dia bercakap secara relatif? Adakah Yesus hanya salah satu Tuhan yang benar? Atau adakah Yesus adalah satu-satunya Tuhan yang benar dan UNIK, dan TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN. Seperti mana hanya ada satu Tuhan maka hanya ada satu KEBENARAN dan kebenaran itu mutlak sifatnya.

Jadi, sungguh jelas di sini bahawa ajaran Yesus ialah KEBENARAN adalah bersifat mutlak dan Yesus itulah sumber dan Dialah KEBENARAN yang kita cari. Tidak ada Tuhan lain selain Yesus yang umat Kristian harus percaya.

Berbalik kepada Magdi Allam, kenapakah beliau memeluk agama Roman Katolik? Jawapan beliau ialah: “he was convinced by the preaching and testimony of Benedict XVI, whose “strong affirmation of the relationship between faith and reason as a foundation for understanding the authenticity of true religion” fascinated him.” Khutbah dan kesaksian Paus Benedict XVI tentang ‘keselarasan yang teguh antara iman dan akal merupakan dasar kepada pemahaman tentang ketulenan agama yang benar’.

Deo gratias.




  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers