APAKAH SOCIETY OF SAINT PIUS X?

1969
Seorang Ketua Biskop (Uskup) yang telah ‘bersara’, His Excellency Marcel Lefebvre, bersetuju untuk membantu sekumpulan para seminarian muda yang keliru dengan arah tuju seminari pos-Vatican II di dalam pembentukan iman para seminarian yang ingin menjadi paderi. Beliau bukan sahaja bersetuju memikul tanggungjawab dalam melatih para bakal paderi, tetapi juga telah mengasaskan pembentukan Society of Saint Pius X yang bertujuan untuk melahirkan paderi baru selaras dengan norma dan tradisi Gereja seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

1 NOVEMBER, 1970
Society of Saint Pius X diperakui pembentukannya secara sah oleh Uskup Lausanne, Geneva dan juga Uskup Charrere, Fribourg. Oleh yang demikian, ia merupakan satu cabang kecil baru yang dilahirkan dari Gereja Roman Katolik.
18 FEBRUARI, 1971
Kardinal Wright, Prefect of the Sacred Congregation for the Clergy, mengeluarkan satu dikri yang memuji kebijaksanaan statutes SSPX.
10 Jun, 1971
Ketua Biskop (Uskup) Lefebvre bersama-sama dengan staf Seminari Saint Pius X di Econe (Switzerland) membuat pengumuman terbuka akan keengganan mereka untuk menerima pakai Misa Novus Ordo (cf. Soalan 5).
1971 – 1974
Susulan daripada surat Kardinal Wright, terdapat beberapa petanda lain yang menunjukkan penerimaan penuh Rom akan kesahihan Society of Saint Pius X:
  • Membenarkan bangunannya dibina secara sah: satu diosis di Itali dan dua lagi di Switzerland.
  • Membenarkan tiga orang paderi dari luar untuk menganggotai SSPX dan menerima pelepasan secara sah daripada Uskup mereka.
Pada masa yang sama, Konferens Episkopal Perancis dengan kuasa dan autoriti yang ada padanya berusaha untuk menghalang semua aktiviti SSPX dan seminarinya (cf. SOALAN 3).
1 NOVEMBER, 1980
Pada hari ulang tahun pertubuhannya yang kesepuluh, SSPX telah mempunyai 40 buah seminari yang terletak di dua benua.
1 NOVEMBER, 1995
Pada hari ulang tahun pertubuhannya yang ke-25, SSPX dianggotai oleh empat Uskup, lebih daripada 360 paderi, 50 brother, 120 sister dan 53 sister oblate, kesemuanya tinggal di 140 seminari di 27 buah negara. Bersama-sama, mereka menuju ke arah pencapaian satu matlamat utama: melahirkan lebih banyak paderi, demi kemuliaan Tuhan, meneruskan tugas penyelamatan Tuhan, dan keselamatan para jiwa. Mereka memenuhi cita-cita ini dengan setia kepada peninggalan Kristus, iaitu Korban Kudus Misa (cf. Apendiks III)
Deo gratias.

Berita terkini:

Dikri Ekskomunikasi ke atas para Uskup SSPX telah dibatalkan.

http://www.sspx.org/sspx_media_brochure.pdf

http://www.sspx.org/get_the_full_picture.htm

http://dici.org/accueil.php?loc=US





    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: