Menyambut Komuni Kudus

Gereja masih membenarkan umat menyambut Komuni Kudus dengan tangan dan berdiri walaupun Sri Paus Benedict XVI sendiri hanya memberikan Komuni Kudus kepada umat yang berlutut dan di atas lidah. Kenapakah para Uskup dan Paderi masih membenarkan cara penyambutan menggunakan tangan (kiri) dan berdiri walaupun Sri Paus telah memberikan teladan yang baik kepada semua?

Salah satu sebab kenapa menyambut Komuni Kudus dengan tangan tidak seharusnya dibenarkan kerana didapati partikel atau cebisan halus Komuni Kudus akan tertinggal di atas telapak tangan tanpa disedari umat. Jika disedaripun, umat tidak memperdulikannya. Komuni Kudus adalah Tubuh dan Darah Kristus Yesus. Walaupun hanya secebis halus, jika Komuni itu sudah dikonsekrasikan, Ia kekal Tubuh dan Darah Kristus Yesus. Langsung tidak menghormati Tubuh dan Darah Kristus walaupun dalam bentuk cebisan halus, merupakan satu dosa mortal, dosa yang amat besar kerana Yesus adalah Tuhan Allah, Raja segala raja.

Sila lihat sendiri bukti ini: http://www.33cm.com/altarbreads.html#evidence

Bukti Cebisan Halus

Bukti Cebisan Halus

Kajian dibuat dengan meletakkan sekeping roti komuni yang belum dikonsekrasikan di atas sarung tangan hitam secara perlahan. Apabila roti itu diangkat, didapati cebisan halus masih tertinggal di atas  telapak tangan. Ini bermakna apabila umat menyambut Komuni Suci dengan tangan, cebisan halus (Tubuh dan Darah Kristus) masih tertinggal di atas telapak tangan!

BERITA TERBARU!
Paus Benedict XVI telah mengeluarkan seruan agar semua Katolik berlutut dan menyambut Komuni Suci dengan lidah. Menerima Komuni Kudus dengan tangan adalah TIDAK DIBENARKAN. Sila baca berita ini daripada pautan :

Pope Benedict to Catholics: Kneel For Communion
http://newsblaze.com/story/20090801065749zzzz.nb/topstory.html

PUJI TUHAN!


  1. semang

    Salam saudara,
    lama tak jumpa,Apa khabar? Secara peribadi dalam hidup saya ni hanya sekali sahaja saya pernah menyambut Komuni Kudus menggunakan lidah tetapi tidaklah berlutut dan saya juga secara peribadi amat bersetuju jika tradisi menyambut Komuni Kudus menngunakan lidah sambil berlutut disuburkan semula.
    1. Biar pun begitu tentu dan mungkin ada sebab2nya kenapa para paderi atau Uskup agak dingin dengan seruan Pope itu?
    2. Dari segi sejarahnya kenapa gereja mesti menukar cara menyambut Komuni Kudus? maksudnya dari lidah kepada tangan? dalam penyelidikan dan kajian saudara apakah peristiwa penyebabnya?

    Terima kasih

    Respons:
    Ceritanya atau sejarahnya panjang dan mungkin juga berbelit-belit. Vatican II sendirinya pun tidak pernah mengatakan umat boleh menyambut dengan tangan dan berdiri. Saya tidak faham kenapa umat Katolik Malaysia ‘suka mengikut’ trend orang putih seperti wanita tidak memakai tutup kepala, menggunakan bahasa tempatan, altar server perempuan dan sebagainya. Semua perubahan ini tidak pernahpun dibenarkan oleh Vatican II. Tetapi realitinya, semua ini adalah BUAH daripada Vatican II itu sendiri. Saudara Semang pun tahu bahaw saya ‘membenci’ Vatican II kerana dokumen rasmi hasil Vatican II amat bertentangan dengan Tradisi Suci Katolik. Nanti saya buat kajian dan terbitkan dalam blog ini. Terima kasih di atas permintaan saudara Semang.

  2. Benedito De Araujo

    saya setujuh penyambutan dgn lidah,karena yg mau kita terima adalah Tubuh Kristus,tdk boleh sembarang tgn memegang Hosti




Tinggalkan komen


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers