Konsep TriTunggal

Ada dua pandangan yang ‘popular’ iaitu sama ada Allah itu Tunggal (Satu dan kekal SATU) atau Tritunggal (Satu dalam Tiga Persona, dan masih lagi SATU).

(Nota: Perkataan ‘Allah’ yang digunakan dalam blog ini merujuk kepada Tuhan (God) Tritunggal Mahakudus, Holy Trinity)

Mengikut ajaran Yesus Kristus, Allah itu adalah Tritunggal: Satu Allah DALAM Tiga Persona. Maksudnya: Melalui Kristus, Allah mendedahkan ‘rahsia’ diri-Nya sebagai Satu Allah tetapi TIGA PERSONA.

Apabila kita mengatakan bahawa Allah itu Tunggal, apakah maksud ‘tunggal’ atau ‘satu’ di sini? Bagaimanakah seorang manusia yang ‘kecil’ dan terbatas pemikirannya dapat MENGIRA atau MENGHITUNG Allah yang tidak terhingga (infiniti)? Bolehkah sesuatu yang bersifat ‘infiniti’ dihitung seperti sebiji guli? Adakah Allah itu mempunyai sempadan atau sisi untuk membolehkan Dia dihitung atau dikira dengan jari manusia yang kerdil?

Pemikiran seseorang harus ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi apabila dia mengatakan Allah itu Tunggal dan ke tahap yang super tinggi untuk mengatakan bahawa Allah itu Tritunggal. Kita tidak tahu kenapa Allah mendedahkan (reveal) diri-Nya sebagai Tritunggal: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Tetapi pendedahan ini adalah Kebenaran kerana Yesus berkata: Akulah Kebenaran. Inilah hak Allah untuk mendedahkan siapakah Dia yang sebenarnya kepada manusia, ciptaan-Nya.

Apabila manusia menggunakan perkataan ‘bapa’ dan ‘anak’, ia hanya merupakan satu ‘ilustrasi’ sahaja dan perkataan ‘pinjaman’ ini digunapakai dalam konteks yang berbeza daripada konteks manusia yang berkeluarga secara biologi. Oleh yang demikian, argumen tentang tuhan yang mempunyai bapa dan anak seperti manusia yang berkahwin dan berkeluarga tidak bisa digunapakai.

Perkataan ‘persona’ juga digunakan untuk menerangkan konsep Allah Tritunggal tetapi perkataan ini juga terbatas maknanya tetapi lebih ‘tepat’ daripada perkataan ‘person’ atau ‘peribadi’.

Bahasa manusia tidak mampu menerangkan konsep Allah Tunggal dan Allah Tritunggal sedalam-dalamnya kerana pemikiran manusia adalah terhad. Pemikiran manusia tidak bisa mencakupi konsep Allah yang bersifat ‘infiniti’, tidak ada sempadan dan tidak tercapai. Kita tidak mempunyai perkataan yang TEPAT untuk menggambarkan keseluruhan ciri-ciri atau sifat-sifat Allah yang sebenar-benarnya. Kita hanya termampu berbuat demikian dengan kata-kata manusia yang tidak tepat dan amat terbatas.

Kenapakah Allah mendedahkan diri-Nya sebagai Tritunggal. Saya berpendapat bahawa ini berpunca daripada Lucifer yang menolak Allah dan mahu menjadikan dirinya sebagai allah. Di alam semesta ini, hanya ada SATU LUCIFER. Untuk memastikan bahawa manusia menerima dia sebagai allah mereka, Lucifer, raja dusta, membohongi manusia dengan mengatakan bahawa dialah allah yang tunggal (satu) dan menolak konsep Allah Tritunggal. Kenapa? Sebab, Lucifer tidak memiliki sifat Tritunggal. Manusia yang menolak Allah Tritunggal, kemungkinan besar menerima Lucifer sebagai allah tunggal mereka. Tidak ada agama lain yang mengajar doktrin Allah Tritunggal kecuali agama Kristian (seperti yang diajar oleh Gereja Roman Katolik).

Seseorang yang bukan Kristian/Katolik, tidak sepatutnya menggunakan petikan Alkitab secara sewenang-wenangnya untuk menegakkan argumen anti-Kristian. Alkitab hanya boleh diinterpretasikan oleh Pihak Berkuasa iaitu Gereja Roman Katolik. Perlu ditekankan di sini bahawa Gereja wujud lebih awal daripada Alkitab, jadi rujuklah segala kemusykilan atau persoalan kepada Gereja untuk penjelasan dan bukannya membuat interpretasi peribadi ke atas petikan-petikan Alkitab dan menyesuaikannya dengan pendapat peribadi masing-masing. Seperti yang saya katakan, kata-kata yang digunakan dalam Alkitab juga ‘terbatas’ sifatnya. Ia tidak dapat menerangkan siapakah Allah secara keseluruhan. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa mereka yang menggunakan petikan Alkitab untuk memutarbelitkan ajaran Kristian sebenarnya langsung tidak berminat untuk mengetahui kebenaran.

Sedikit ajaran tentang konsep Allah Tritunggal: Allah Bapa dilihat sebagai ‘Pencipta’, Allah Anak dilihat sebagai ‘Penebus’ iaitu menebus dosa-dosa manusia dan menyelamatkan manusia daripada maut, dan dengan kematian-Nya di kayu salib, Dia memberi hidup kepada semua manusia yang percaya dan menerima-Nya, manakala Roh Kudus memungkinkah manusia menerima kekudusan atau kesucian (sanctification). Tanpa proses sanctification, manusia tidak mungkin bertemu Allah di Surga.

Allah Bapa adalah Allah tetapi bukan Allah Anak atau Allah Roh Kudus. Allah Anak adalah Allah tetapi bukan Allah Bapa atau Allah Roh Kudus. Allah Roh Kudus adalah Allah tetapi bukan Allah Bapa atau Allah Anak. Satu Allah tetapi Tritunggal. Setiap Persona ini adalah berbeza tetapi setara (equal), satu substans dan satu ‘nature’: tiga persona tetapi satu Allah – Allah Tritunggal.

Jika ada seseorang manusia yang inginkan kefahaman yang lebih mendalam, ia tidak mungkin dicapai kerana keterbatasan akal manusia. Ia menjadi satu misteri. Tidak memahami sepenuhnya tidak bermakna ia tidak benar. Kita hanya dapat memahami Allah Tritunggal sepenuhnya apabila kita bersatu dengan Allah Tritunggal di Surga.

Kepada mereka yang benar-benar jujur mahu mencari kebenaran ataupun kefahaman tentang konsep Allah Tritunggal, harus berdoa dan menerima Yesus sebagai Tuhan, Allah Anak terlebih dahulu, Saya percaya hati mereka akan disinari oleh Allah Roh Kudus dan terbuka hati untuk menerima Allah yang benar iaitu Allah Tritunggal.


  1. Satu huraian yang bagus. :) , konsep tritunggal boleh di lihat didalam kehidupan kita sehari2 apabila kita memanggil Tuhan sebagai Bapa kita..

  2. Balaaque

    i lived in Malaysia where majority of peoples here are muslims…i never ever hate muslims and i realy respect them…but, they suppose not to argue about this ‘tritunggal’ because Muhamad had never been taught this by God…..Muhamad and Jesus are different!!! for sure….Enhance our knowledge and respects others…. “do to others as U would have them do to U” – Jesus Christ

  3. We don’t hate anybody, but we do detest false teaching/religion.

  4. Ivan

    Aq tidak bisa menerima doktrin tritunggal, karena di Alkitab disebutkan bahwa :
    -Matius 4:10 : “Maka berkatalah Yesus kepadanya: ‘Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!.'”
    -Yohanes 17:3 : “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.”
    Yakobus 2:19: “Engkau percaya, bahwa hanya ada satu Allah saja? Itu baik! Tetapi setan-setanpun juga percaya akan hal itu dan mereka gemetar.”
    -Markus 13:32 : “Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja.”

    Di markus 13:32 dijelaskan bahwa Bapa saja yang tahu hari kedatangan Yesus yang kedua, Yesus sendiri pun tidak tahu kedatangannya.

    Jawapan:
    Tafsiran peribadi Ivan tidak betul. Seperti yang saya katakan berulang-ulang kali bahawa Yesus adalah benar-benar manusia, Yesus juga adalah benar-benar Tuhan Allah. Kadang kala Yesus bercakap seperti seorang manusia biasa, kadang-kadang Dia bercakap dengan penuh autoriti.

  5. Man

    Saya setuju Ivan:

    Wahai orang-orang kristian. Tuhan yang mana yang kamu sembah dalam tiga tuhan engkau itu? Bapa @ Yesus @ Roh Kudus?

    Jawapan:
    Kenapakah saudara Man kerapkali mengulangi ajaran yang salah tentang agama Kristian? Saya sudah perbetulkan pemahaman saudara Man bahawa hanya ada satu Tuhan Allah (Tritunggal) tetapi tiga PERSONA: Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Bukan tiga Allah tetapi SATU ALLAH. Jika saudara Man berdegil dan tidak dapat menerima ajaran ini, saya mohon agar saudara Man pergi ke blog orang lain sebab blog ini tidak dapat membantu mereka yang keras kepala. Umat Kristian menyembah satu Allah Tritunggal.

  6. Man

    OK bolehkah saudara lawati laman web ni. Nak post banyak sangat kang kene delete lak: PAstu bagi jawapan.

    -deleted-

    Harap alamat laman web ini jangan didelete. Supaya semua orang dapat baca. Sila beri komen pada bukti2 yang telah dinyatakan dalam laman web itu.

    Jawapan:
    Pautan yang anti-Kristian akan dihapuskan serta merta. Jika ada fakta, sila nyatakan secara ringkas dan bernas.

  7. Man

    Dan ini :

    -deleted-

    Jawapan:
    Pautan yang anti-Kristian akan dihapuskan serta merta. Jika ada fakta, sila nyatakan secara ringkas dan bernas.

  8. Man

    Kepercayaan triniti bercanggah dengan kemurniaan akal

    Trinity menyebut bahawa Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus (Roh ALLah) adalah Tuhan. Bapa berkuasa penuh, Anak berkuasa penuh dan Roh ALLah berkuasa penuh. Bapa adalah satu peribadi, Anak adalah satu peribadi dan Ruh ALLah adalah satu peribadi. Tetapi mereka bukan tiga tetapi satu. Bahasa apakah ini? Adakah bahasa Inggeris, melayu atau Italy? Trinity mengatakan peribadi, peribadi dan peribadi tetapi bukan tiga peribadi tetapi satu peribadi. Adakah definasi peribadi seperti ini pada mana-mana bahasa di dunia ini?

    Jika seseorang itu mempunyai kembar tiga seiras yang sukar dibezakan, tiba-tiba seorang dari mereka melakukan jenayah maka bolehkah dihukum yang lain? Tentu jawabannya tidak boleh. Mengapa tidak boleh? Tidak boleh kerana anda adalah peribadi yang lain, maka keperibadian anda menyebabkan ia berlainan dari yang lain.

    Apabila orang Kristian berkata dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah, maka tiga gambaran berasingan akan terpahat dalam pemikiran. Bila dikatakan Bapa ia tidak bermaksud Anak dan bila dikatakan Anak ia tidak bermaksud Roh ALLah. Manusia tidak akan berupaya menyatukan gambaran ini bersekali antara satu sama lain.

    Penganut Kristian menyebut dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah. Tidak pernah kedengaran penganut Kristian menyebut dengan nama Anak, Bapa dan Roh ALLah. Anak sentiasa berada pada senarai kedua dari tiga. Apabila dikatakan Bapa, Anak dan Roh ALLah adalah satu peribadi dalam tiga peribadi, maka seharusnya Anak adalah Bapa dan Anak adalah juga Roh ALLah. Tetapi mengatakan Anak adalah Bapa adalah bidaah dan kesesatan pada pandangan Keristian..

    Bible mengatakan Jesus dilahirkan dari seorang wanita dengan cara yang luar biasa. Namun Bible menyebut “Lebih-lebih lagi manusia adalah berengga dan anak manusia adalah ulat” (Ayub 25: 6). Siapakah anak manusia? Ia adalah Jesus, satu kenyataan yang jelas. Apakah nilai anak manusia di sini? Nilainya hanya ulat. Jika Jesus tidak termasuk dalam penilaian ini ayat di atas, adalah tidak benar kerana anak manusia disebut dalam Bible lebih banyak berbanding Anak ALLah.

    Jesus digambarkan seperti ulat dan setiap manusia yang lahir oleh wanita adalah berengga yang lebih hina dari ulat. “Pada genap lapan hari Ia harus dikhatankan dan diberi nama Jesus, nama yang disebut oleh Malaikat sebelum ia dikandung ibunya” (Lukas 2: 21)

    Jesus berada di dalam perut ibunya. Ia lahir dari perut ibunya sama seperti kita. Akal tidak dapat membayangkan makhluk yang lemah, lahir dengan bersalut kekotoran dan telah menyebabkan ibunya menderita selama empat puluh hari adalah Tuhan.

    Orang yang paling layak sebagai Anak Tuhan

    Jesus dilahirkan dengan cara luar biasa yakni tanpa ayah. Ia dilahirkan melalui Roh ALLah. Keluarbiasaan ini menjadi salah satu lagi hujah penganut Kristian tentang ketuhanan Jesus.

    Namun setelah diteliti, kelahiran Jesus tanpa bapa bukanlah luar biasa. Bible telah menyatakan terdapat seorang manusia yang terlebih ajaib dari Jesus dimana ia langsung tidak mempunyai salasilah iaitu, “Melkisedek adalah Raja Salem dan Imam ALLah Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan Melkisedek sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti nama Melkisedek ialah Raja Kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tiada salasilah keturunan, harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan sama dengan Anak ALLah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya” (Ibrani 7: 13).

    Bible sungguh menakjubkan! Disamping ia menerangkan sesuatu dalil, ia juga menerangkan dalil yang kelihatan nyata bertentangan. Ada mengatakan Malkisedek dikatakan sama dengan Anak ALLah kerana ia tidak diketahui salasilahnya. Namun ayat itu jelas mengatakan ia tiada permulaan dan tiada kesudahan. Ia adalah hujah yang kukuh untuk mengatakan Malkisedek juga harus dianggap Tuhan. Namun kenyataan itu sengaja tidak dilihat kerana hati dan perasaan penganut Kristian telah tertanam fatwa Paulus “…Aku menampakkan diri kepada orang yang tidak bertanya tentang Aku” (Korintus 1: 18). Maka Melkisedek adalah seorang tokoh yang dinyatakan terlebih ajaib dari Jesus tetapi tidak diakui sebagai Tuhan. Dan munggkin ada penganut Keristian mengatakan Malkisedik tidak layak dipanggil Tuhan kerana ia tidak berhubung kait dengan pengakuan dari langit yakni tiada kenyataan dari ALLah ia adalah Anak. Namun bagi penulis dakwaan ini hanyalah untuk menjawab tuduhan semata-mata.

  9. Kepercayaan triniti bercanggah dengan kemurniaan akal. Trinity menyebut bahawa Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus (Roh ALLah) adalah Tuhan. Bapa berkuasa penuh, Anak berkuasa penuh dan Roh ALLah berkuasa penuh. Bapa adalah satu peribadi, Anak adalah satu peribadi dan Ruh ALLah adalah satu peribadi. Tetapi mereka bukan tiga tetapi satu. Bahasa apakah ini? Adakah bahasa Inggeris, melayu atau Italy? Trinity mengatakan peribadi, peribadi dan peribadi tetapi bukan tiga peribadi tetapi satu peribadi. Adakah definasi peribadi seperti ini pada mana-mana bahasa di dunia ini?

    Jawapan:
    Bukan tidak masuk akal tetapi suatu misteri. Misteri bukannya cerita dogeng yang palsu tetapi merupakan KEBENARAN yang diwahyukan oleh Tuhan Allah kepada manusia. Konsep ‘tiga dalam satu’ bukannya suatu yang ganjil dalam kehidupan manusia. Secara analogi, air tulen boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair (air), pepejal (air) dan gas (wap). Tidak kira sama ada air, ais atau stim (wap), ia kekal AIR. Tidak ada dalam sejarah bahawa ada manusia yang mengadu kerosakan minda kerana air wujud dalam tiga bentuk. Bolehkah kita mengatakan air sama dengan ais atau stim? Bolehkah saya memberikan Mohd Shariman ketul-ketul ais yang keras apabila Mohd Shariman inginkan segelas air untuk menghilangkan rasa dahaga? Bolehkan saya semburkan stim panas ke muka Mohd Shariman apabila segelas air yang diminta?

    AIS adalah air.
    Air adalah air.
    Stim adalah air.

    AIS bukan AIR.
    AIR bukan STIM.
    STIM bukan AIS.

    AIR tetap SATU bukannya TIGA AIR. Jadi, konsep ‘tiga dalam satu’ bukannya suatu yang tidak masuk akal. Sekarang, adakah Mohd Shariman bersetuju dengan kewujudan Allah Tritunggal? Jika tidak, kenapa?

    Jika seseorang itu mempunyai kembar tiga seiras yang sukar dibezakan, tiba-tiba seorang dari mereka melakukan jenayah maka bolehkah dihukum yang lain? Tentu jawabannya tidak boleh. Mengapa tidak boleh? Tidak boleh kerana anda adalah peribadi yang lain, maka keperibadian anda menyebabkan ia berlainan dari yang lain.

    Jawapan: Tiga kembar seiras merupakan TIGA ORANG YANG BERBEZA.

    Apabila orang Kristian berkata dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah, maka tiga gambaran berasingan akan terpahat dalam pemikiran. Bila dikatakan Bapa ia tidak bermaksud Anak dan bila dikatakan Anak ia tidak bermaksud Roh ALLah. Manusia tidak akan berupaya menyatukan gambaran ini bersekali antara satu sama lain.

    Jawapan: Mohd Shariman tidak tahu apa-apa tentang pemikiran umat Kristian kerana Mohd Shariman tidak pernah memeluk agama Kristian dan TIDAK PERNAH MENGENALI YESUS secara peribadi. Bercakaplah untuk diri sendiri, dan bukannya untuk orang lain. Allah Tritunggal tetap SATU ALLAH. Umat Kristian tidak menghadapi apa-apa masalah dengan kebenaran ini.

    Penganut Kristian menyebut dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah. Tidak pernah kedengaran penganut Kristian menyebut dengan nama Anak, Bapa dan Roh ALLah. Anak sentiasa berada pada senarai kedua dari tiga. Apabila dikatakan Bapa, Anak dan Roh ALLah adalah satu peribadi dalam tiga peribadi, maka seharusnya Anak adalah Bapa dan Anak adalah juga Roh ALLah. Tetapi mengatakan Anak adalah Bapa adalah bidaah dan kesesatan pada pandangan Keristian.

    Jawapan: Rujuk jawapan di atas.

    Bible mengatakan Jesus dilahirkan dari seorang wanita dengan cara yang luar biasa. Namun Bible menyebut “Lebih-lebih lagi manusia adalah berengga dan anak manusia adalah ulat” (Ayub 25: 6). Siapakah anak manusia? Ia adalah Jesus, satu kenyataan yang jelas. Apakah nilai anak manusia di sini? Nilainya hanya ulat. Jika Jesus tidak termasuk dalam penilaian ini ayat di atas, adalah tidak benar kerana anak manusia disebut dalam Bible lebih banyak berbanding Anak ALLah.

    Jesus digambarkan seperti ulat dan setiap manusia yang lahir oleh wanita adalah berengga yang lebih hina dari ulat. “Pada genap lapan hari Ia harus dikhatankan dan diberi nama Jesus, nama yang disebut oleh Malaikat sebelum ia dikandung ibunya” (Lukas 2: 21)

    Jesus berada di dalam perut ibunya. Ia lahir dari perut ibunya sama seperti kita. Akal tidak dapat membayangkan makhluk yang lemah, lahir dengan bersalut kekotoran dan telah menyebabkan ibunya menderita selama empat puluh hari adalah Tuhan.

    Jawapan: Itu hanyalah pendapat atau tafsiran peribadi Mohd Shariman yang salah. Apa pun jawapan yang saya berikan, Mohd Shariman tidak akan dapat menerimanya.

    Jesus dilahirkan dengan cara luar biasa yakni tanpa ayah. Ia dilahirkan melalui Roh ALLah. Keluarbiasaan ini menjadi salah satu lagi hujah penganut Kristian tentang ketuhanan Jesus.

    Jawapan: Benar! Yesus dilahirkan setelah Bonda Maria dinaungi Roh Allah. Sebab itu, Yesus dipanggil ANAK ALLAH dan itu menjadikan-Nya Tuhan Allah yang berkuasa. Percayalah kepada Yesus kerana Dia merupakan satu-satunya jalan keselamatan jiwa semua manusia yang dihambai dosa.

    Namun setelah diteliti, kelahiran Jesus tanpa bapa bukanlah luar biasa. Bible telah menyatakan terdapat seorang manusia yang terlebih ajaib dari Jesus dimana ia langsung tidak mempunyai salasilah iaitu, “Melkisedek adalah Raja Salem dan Imam ALLah Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan Melkisedek sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti nama Melkisedek ialah Raja Kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tiada salasilah keturunan, harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan sama dengan Anak ALLah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya” (Ibrani 7: 13).

    Bible sungguh menakjubkan! Disamping ia menerangkan sesuatu dalil, ia juga menerangkan dalil yang kelihatan nyata bertentangan. Ada mengatakan Malkisedek dikatakan sama dengan Anak ALLah kerana ia tidak diketahui salasilahnya. Namun ayat itu jelas mengatakan ia tiada permulaan dan tiada kesudahan. Ia adalah hujah yang kukuh untuk mengatakan Malkisedek juga harus dianggap Tuhan. Namun kenyataan itu sengaja tidak dilihat kerana hati dan perasaan penganut Kristian telah tertanam fatwa Paulus “…Aku menampakkan diri kepada orang yang tidak bertanya tentang Aku” (Korintus 1: 18). Maka Melkisedek adalah seorang tokoh yang dinyatakan terlebih ajaib dari Jesus tetapi tidak diakui sebagai Tuhan. Dan munggkin ada penganut Keristian mengatakan Malkisedik tidak layak dipanggil Tuhan kerana ia tidak berhubung kait dengan pengakuan dari langit yakni tiada kenyataan dari ALLah ia adalah Anak. Namun bagi penulis dakwaan ini hanyalah untuk menjawab tuduhan semata-mata.

    Jawapan: Itu hanyalah pendapat atau tafsiran peribadi Mohd Shariman yang salah. Apa pun jawapan yang saya berikan, Mohd Shariman tidak akan dapat menerimanya.

  10. Mohd Shariman: Kenapakah saudara sentiasa ‘copy and paste’ sahaja. Tidak ada pemikiran sendirikah?

  11. Man

    “Jawapan: Itu hanyalah pendapat atau tafsiran peribadi Mohd Shariman yang salah. Apa pun jawapan yang saya berikan, Mohd Shariman tidak akan dapat menerimanya.”

    Dah tu paderi tu? tuhan ke? yang dapat menafsir alkitab? paderi itu MANUSIA GAK WAHAI OREMUST!!!bukan dewa atau tuhan. Jadi tafsiran yang dikeluarkan oleh gereja juga adalah tafsiran manusiawi. Sama lah sperti saya. Paderi makan saya makan paderi sembahyang saya sembahyang. Paderi tidak boleh terbang kan?? Paderi juga berdosa kan? Bukan men copy n paste je..kita kene baca gak ape maklumat yang ditulis.

    Mengenai air boleh tukar jadi ais stim dan air.. Betul air boleh bertukar kepada tiga bentuk tapi komposisi nya tetap sama. H20. Ke ade orang kata ais itu H4O.

    Jawapan:
    Sungguh pelik cara Mohd Shariman berhujah. Jika hujah awak mempunyai merit, maka saya mempunyai dua pilihan iaitu

    A. Tafsiran Gereja
    B. Tafsiran Mohd Shariman

    Siapakah yang akan saya pilih: A ata B? Adakah saya akan memilih tafsiran Mohd Shariman? Adakah saya sebodoh itu seperti yang awak sangkakan? Tidak bukan! Jadi, hujah awak memang pelik dan tidak ke mana-mana!

    Jika B jawapan yang betul, adakah Mohd Shariman merupakan manusia yang tidak berdosa dan boleh terbang?

    Kenapakah awak tidak ada pemikiran sendiri? Asyik guna ‘copy and paste’ sahaja? Jika awak terlalu kerap guna ‘copy and paste’, saya anggap tindakan awak itu sebagai ‘spamming’ dan akan dihapuskan.

  12. Man

    “Jawapan:
    Bukan tidak masuk akal tetapi suatu misteri. Misteri bukannya cerita dogeng yang palsu tetapi merupakan KEBENARAN yang diwahyukan oleh Tuhan Allah kepada manusia. Konsep ‘tiga dalam satu’ bukannya suatu yang ganjil dalam kehidupan manusia. Secara analogi, air tulen boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair (air), pepejal (air) dan gas (wap). Tidak kira sama ada air, ais atau stim (wap), ia kekal AIR. Tidak ada dalam sejarah bahawa ada manusia yang mengadu kerosakan minda kerana air wujud dalam tiga bentuk. Bolehkah kita mengatakan air sama dengan ais atau stim? Bolehkah saya memberikan Mohd Shariman ketul-ketul ais yang keras apabila Mohd Shariman inginkan segelas air untuk menghilangkan rasa dahaga? Bolehkan saya semburkan stim panas ke muka Mohd Shariman apabila segelas air yang diminta?

    AIS adalah air.
    Air adalah air.
    Stim adalah air.

    AIS bukan AIR.
    AIR bukan STIM.
    STIM bukan AIS.

    AIR tetap SATU bukannya TIGA AIR. Jadi, konsep ‘tiga dalam satu’ bukannya suatu yang tidak masuk akal. Sekarang, adakah Mohd Shariman bersetuju dengan kewujudan Allah Tritunggal? Jika tidak, kenapa?”

    Memang betul air itu boleh berubah kepada tiga bentuk cecair gas dan pepejal. saya setuju yang air boleh berubah kepada tiga bentuk tu. Tetapi komposisinya tetap sama iaitu H20. Tapi dalam tritunggal Tuhan ALLAH + YEsus + Roh Kudus. Memang ketiga2 nya berubah bentuk tetapi adakah komposisinya sama? Yesus= manusia manakala Roh kudus=roh. dan ALLAH =Tuhan Yesus makan manakala roh xmakan.

    Jawapan:
    Sungguh luar biasa kaedah Mohd Shariman menggambarkan ‘komposisi’ Tuhan Allah seolah-olah awak sedang bercakap-cakap tentang benda-benda fizikal yang mudah dilihat dan dikesan oleh deria manusia. Sememangnya awak amat jahil tentang siapa dan apakah Tuhan Allah. Awak langsung tidak memiliki pengetahuan langsung tentang ilmu ketuhanan.

    Tuhan Allah adalah ROH. Yesus, Persona Kedua, bukan sahaja ROH tetapi memiliki tubuh badan manusia kerana Dia harus menampakkan diri-Nya kepada manusia. Bukankah saya telah berkata bahawa Yesus adalah benar-benar Tuhan Allah, dan Dia juga benar-benar manusia. Adakah Yesus akan kehilangan keallahan-Nya jika dia datang ke dunia sebagai manusia? Bukankah Tuhan Allah Mahakuasa?

    Contoh analogi tadi tentang air, telah saya katakan bahawa KONSEP ‘TIGA DALAM SATU’ merupakan fenomena biasa dan tidak melanggar kewarasan akal fikiran manusia. Adakah sekarang awak benar-benar dapat menerima dan seterusnya memahami konsep ‘tiga dalam satu’? Perlu diingatkan di sini bahawa jika air mempunyai sifat ‘tiga dalam satu’, tidak mungkinkah Tuhan Allah boleh berbuat lebih daripada itu kerana Dia Mahakuasa? Semoga awak sanggup menjawab soalan mudah ini kecualilah jika pemikiran awak sudah TERTUTUP sejak awak mula memberi komen di blog ini.

  13. Man

    Dan tidak ada pernyataan yang tegas dalam injil yang mengatakan yesus itu tuhan. Tidak ada pon yesus berkata “akulah tuhan maka sembahlah aku”. Saya bagi sejuta kalau yesus ada kata macam tu. Kalau setakat membuat perumpaan yang yesus anak tuhan jadi yesus itu tuhan itu hanyalah tafsiran manusiawi.

    Jawapan:
    Berterus terang sahajalah di sini bahawa walaupun Yesus berkata: Akulah Tuhan, maka sembahlah Aku, awak tetap dengan pendirian awak kerana tujuan awak ke sini bukan untuk mencari Yesus tetapi untuk memperlekehkan Dia. Yesus telah berkata: Akulah Kebenaran, adakah awak akan menerima kata-kata ini? Adakah awak akan menerima semuanya Firman Tuhan Yesus sebagai KEBENARAN? Jika tidak, awak harus bersujud di depan Yesus dan mohon pengampunan-Nya kerana menghujat Dia.

    Jesus saith to him: I am the way, and the truth, and the life. No man cometh to the Father, but by me. [John 14:6]

    [http://www.drbo.org/cgi-bin/s?t=2&q=I+am+the+truth&b=drb]

    Adakah ayat ini tidak cukup TEGAS?

    Klik pautan ini dan bersujudlah sambil menyembah Yesus kerana Dia adalah JALAN, KEBENARAN dan KEHIDUPAN.

    Jika awak masih enggan dan berdegil, jangan lagi awak memberi komen di sini kerana ‘benda’ yang awak cari selama ini, tidak ada di sini. Awak hanya membuang masa dan tenaga Ketua Blog serta membuat ‘spam’.

  14. deedat

    Maaf, akal ku tidak bisa menerima konsep ketuhanan tritunggal . Mungkin saja tahap pemikiran ku tidak super tinggi . aku hanya gunakan fikiran yang waras sahaja untuk menerima, bahawa Allah yang maha Esa, satu satuNya yang mahakuasa,

    Pemikiran seseorang harus ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi apabila dia mengatakan Allah itu Tunggal dan ke tahap yang super tinggi untuk mengatakan bahawa Allah itu Tritunggal.

    Respon:
    Kenapa awak tidak bisa menerima konsep Ketuhanan Tritunggal?

  15. Sibu Catholic

    A Dialog with a Muslim

    Muslim: Umat Islam percaya Nabi Isa itu Kalam Allah (Firman Allah). Hadis Anas Bin Malik hal. 72 yang berbunyi:

    “Isa faa innahu Rohulullah wa kalimatuhu”
    Ertinya: “Isa itu sesungguhnya Roh Allah dan Kalam Allah”.

    Katolik: Dari mana datangnya Kalam Allah?

    Muslim: Dari Allah.

    Katolik: Adakah Kalam Allah Pencipta atau dicipta dari Allah?

    Muslim: Pencipta,sebab tanpa Kalam Allah, alam semesta tidak akan dicipta tanpa Kalam-Nya. Jika Allah berfirman “Jadi”, maka jadilah ia.

    Katolik: Adakah Isa itu Roh Allah?

    Muslim: Ya. Hadis Anas bin Malik mengatakan demikian.

    Katolik: Jadi Isa itu ialah Allah?

    Muslim: Tidak sama sekali. Itu syirik.

    Katolik: Tapi sebentar tadi awak mengatakan Isa itu Roh Allah dan Kalam Allah, dan Kalam Allah itu sudah tentunya berfirman kepada umatNya. Tanpa Kalam Allah, al-Quran yang anda percaya itu tidak akan wujud.

    Jadi sebenarnya, Allah itu Allah Bapa yang MENCIPTA dan Isa, itu ialah Kalam-Nya, PENCIPTA. Kedua-duanya memberikan maksud yang sama.

    Dan saya percaya seorang Muslim percaya Allah itu Roh.

    Muslim: Ya, saya percaya Allah itu Roh dan bukannya manusia seperti yang anda percaya, iaitu Jesus.

    Katolik: Ya benar, Allah itu Roh, dan itulah Roh Kudus yang suci. Dan Roh Allah sememangnya datang dari Allah. Tapi anda menafikan Isa, sebagai Kalam Allah yang datang daripada Allah.

    Itulah yang sebenarnya Kami Katolik percaya sebagai Holy Trinity. 3 dalam 1 tapi ketiga-tiganya adalah Allah.

  16. irwan

    JESUS tidak pernah disalib (berdasarkan St Matthew)

    October 6, 2009 by irwan idris

    Saya mulakan dengan hujah saya pertama, sesiapa pun yang ingin mengetahui tentang JESUS didalam Bible. Mereka tidak akan merujuk kitab perjanjian lama. Kitab Perjanjian Lama adalah catatan sebelum kelahiran Jesus.

    Didalam BIBLE terdapat 4 buah buku yang disebut INJIL. Tetapi keempat empat injil ini bukan ditulis oleh JESUS. Ia ditulis oleh Matthew, Mark, John dan Luke. Bagi pembuktian tentang topik ini, saya memilih buku pertama didalam Kitab Perjanjian Baru yang dinamakan Matthew. Sebelum saya melonjakkan hujah saya untuk membuktikan bahawa Jesus tidak pernah diSalib, saya harus kemukakan bukti yang kukuh bahawa bukti yang saya gunakan ini memang sesuai dan relevan bagi kes yang ingin dibuktikan.

    BAHAN BUKTI dan rujukan : INJIL MATIUS (Al-KITAB) / Matthew (Holy Bible KJV)

    Pada hari saya menulis artikel ini, sejarah penyaliban sudah berlaku 2000 tahun yang lalu. 2000 tahun yang lalu, banyak perkara yang sudah berlaku dan banyak perkara yang kita tidak tahu apa yang berlaku. Andaian dan perasaan tidak relevan dalam menilai sesuatu bahan arkeologi. Antara barang yang paling lama dan masih dijual dengan meluas di dunia ini adalah Kitab Bible dan dicetak dalam pelbagai bahasa. Bahan bukti ini sangat mudah diperolehi dan boleh dibeli bila bila masa dikedai buku. Oleh itu, sumber rujukan ini bukanlah sebuah pembohongan. Tidak tertulis dimana mana didalam BIBLE bahawa hanya untuk orang Kristian dan digunakan untuk tujuan penyelamatan. Oleh itu, saya yakin apa yang saya lakukan adalah benar.

    Sekiranya benar Jesus disalib? Apa buktinya? Siapa yang berusia 2030 tahun di zaman sekarang? MUSTAHIL ada manusia yang masih hidup untuk kita tanya adakah mereka saksi kepada kejadian tersebut. Namun, apa yang ada pada hari ini hanyalah BIBLE. Oleh itu, hanya BIBLE sahaja yang layak untuk kita tanya, benarkah JESUS disalib.

    SILA BACA MATTHEW 27

    Saya menganggap anda sudah membaca MATTHEW 27 kesemua cerita tentang penyaliban dan kenapa dia disalib, siapa mengkhianatinya, dan siapa yang berada ditempat kejadian juga ada disebut didalam chapter tersebut.

    Saya ada satu soalan, sebelum saya menerima dan menghuraikan semua isi dan cerita didalam MATTHEW 27.

    Siapa yang tulis kejadian ini? Adakah penulis berada ditempat kejadian? Kalau Matthew yang menulis kejadian ini, kenapa ayat di Matthew 9:9 menunjukkan yang Matthew bukan lah penulis bagi INJIL Matthew?

    Ini adalah hujah saya yang pertama, berdasarkan Kitab yang pertama didalam Kitab Perjanjian Baru.

    Kesimpulan saya, bagaimana kita boleh menerima khabar angin atau surat layang yang tidak diketahui penulisnya? Kenapa harus kita menyusahkan diri sendiri memikirkan sebuah cerita yang wujud ditengah tengah masyarakat sedangkan pencerita bagi cerita tersebut kita tidak ketahui?

    Saya pernah berbahas dengan seorang kawan, ‘antara apa yang dicakap dan siapa yang bercakap, yang mana lebih penting?’

    Saya menyatakan yang kedua dua nya sama penting.

    Saya menerima kritikan bagi pendapat saya kerana padanya Siapa berkata tidak penting, namun apa yang dikata itu lebih penting. Saya tidak perlu membuktikan padanya bahawa kata katanya salah. Saya bertanya kepadanya,

    “Beginilah, kalau hari ini anda menerima SMS dari orang yang tidak diketahui bahawa ibu anda adalah seorang pelacur semasa zaman mudanya. Apakah yang akan anda lakukan? Sekiranya anda sangat yakin APA yang dikata itu penting, anda akan terus menyiasat kata kata itu dan bertanya kepada ibu kamu dan bertanya kepada kenalan ibu kamu dan terus mencari adakah maklumat itu benar atau tidak. Tahukah anda, bahawa apa yang anda lakukan adalah anda sudah memalukan ibu kamu tanpa kamu sedari tanpa mengambil kira orang yang kamu malukan itu adalah IBU kamu?

    Jadi? Sekarang, yang mana penting? “

    Saya tinggalkan dia dengan persoalan itu. Demikianlah INJIL Matthew membuktikan yang JESUS tidak disalib.

    Saya akan kembali dengan huraian JESUS tidak pernah disalib (berdasarkan St Mark)

    Respons:
    Umat Katolik (Kristian) tidak membaca Alkitab seperti membaca sebuah buku rujukan and buku teks. Kebenaran datang daripada Tradisi Suci iaitu ajaran lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain tanpa berubah. Senarai buku dalam Alkitab mula-mula disediakan oleh Paus Damasus sekitar tahun 382 AD. Tafsiran Alkitab haruslah sejajar dengan ajaran Tradisi Suci iaitu hanya Gereja yang berautoriti untuk mentafsir Alkitab. Alkitab tidak sepatutnya ditafsir secara sewenang-wenangnya oleh umat termasuk mereka yang bukan Kristian.

    Terdapat banyak versi Alkitab yang ada di pasaran. Untuk tujuan diskusi dalam blog ini, sila gunakan pautan ini: http://www.drbo.org/ iaitu Douay-Rheims Catholic Bible, satu-satunya Alkitab yang telah diberi diperkenankan oleh Gereja.

    Jadi, tafsiran saudara bahawa Yesus tidak disalibkan mengikut Injil karangan Santo Markus adalah silap. Yesus benar-benar disalib dan meninggal dunia lalu bangkit semula demi keselamatan jiwa semua umat manusia.

  17. Penghibur

    @Sibu Chatolic

    Salam hormat buat saudara sekalian, semoga sihat sejahtera, semoga anda senang berbicara dengan saya, saya tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar berbincang dengan anda. Hujung pangkalnya terserah kepada individu masing-masing.

    Saya juga dialog dengan Kristian Khatolik Indonesia, tapi sehingga saat ini mereka masih tidak menjawab soalan, saya tidak menyalahkannya, kerana itu adalah hak masing-masing.

    (1) RUHULLAH – Jesus (a.s) adalah Ruhullah TETAPI BUKAN BERMAKSUD dia (Jesus) adalah Allah swt itu sendiri, sebenarnya Roh Allah itu adalah suatu penghormatan khusus dari Allah swt kepada Jesus (a.s)

    Anda tahu, bahawa saya, anda, penulis blog ini, dan semua manusia juga mempunyai Roh, jika saya bertanya kepada anda begini, Roh yang kita miliki ini dari siapa? Sudah tentu anda mengatakan Roh yang kita miliki ini adalah Roh dari Allah.

    Maka semua manusia, termasuk haiwan dan apa saja adalah Roh Allah iaitu Roh ciptaan Allah, Roh dari Allah swt tetapi BUKAN Allah swt itu sendiri!

    (2) KALAMULLAH – Berkenaan Kalam ini, di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa Jesus (a.s) adalah Kalam dari Allah “A WORD FROM ALLAH” dan BUKANNYA “THE WORD OF ALLAH”.

    John The Baptist (Nabi Yahya a.s) di dalam Al-Quran juga menyatakan bahawa Jesus (a.s) adalah “A WORD FROM ALLAH”.

    Jika anda teliti Al-Quran dan menggunakan Al-Quran sebagai hujah, maka anda sekalian bersetuju bahawa Jesus a.s BUKAN TUHAN, tidak ada bukti bahawa Jesus adalah Tuhan.

    (1) Apakah Beza Nabi dengan Tuhan?

    (2) Jesus (a.s) seorang Nabi atau seorang Tuhan?

    (3) Buktikan TRINITI adalah TUHAN Maha Esa dan bahawa TRINITI adalah Tuhan Sehakikat, Tidak Terpisah, bahawa ini adalah FAKTA yang KONKRIT merujuk kepada Kitab Bible.

    (4) Siapakah yang mengajar TRINITI, adakah Jesus (a.s) ataupun Paulus?

    By, Penghibur

    Respons:
    Apakah maksud ‘roh’? Roh bermaksud benda hidup yang tidak mempunyai badan atau jasad (fizikal) seperti manusia biasa. Mata manusia tidak boleh melihat roh. Manusia diberikan tubuh badan fizikal dan juga jiwa. Jiwa adalah berbentuk roh iaitu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tubuh badan manusia akan mati selepas satu tempoh tetapi jiwa manusia adalah kekal. Selepas kematian, jiwa manusia akan diadili dan dihantarkan sama ada di Surga, Purgatori atau Neraka.
    Tuhan Allah adalah dalam bentuk roh iaitu tidak mempunyai tubuh badan fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Untuk keterangan lanjut tentang Allah, sila klik pautan: http://www.catholicbook.com/AgredaCD/MyCatholicFaith/mcfc003.htm.

    Koran tidak diterima pakai dalam blog ini.

    Jesus adalah Anak Manusia dan juga Anak Allah. Jesus adalah Allah (God).

    Allah Bapa berfirman dan Firman itu adalah Allah. Allah adalah roh. Jadi, Allah adalah Allah Bapa, Allah Anak (Firman) dan Allah Roh.

    Doktrin tentang Triniti adalah ajaran Jesus yang diperturunkan melalui Tradisi Suci kepada umat Kristian. Sibu Catholic telahpun menerangkan dengan jelas konsep Triniti mengikut Koran.

  18. Sibu Catholic

    Dear Irwan,

    Jika Kitab Bible yang dikompilasikan pada sekitar tahun 300-an, 300 tahun sebelum kedatangan Islam, bagaimana pula kisah penyaliban Jesus tersebar di kalangan pengikutNya? Sudah tentunya ada sumber-sumber oral (Tradition) yang mengatakan demikian. Kita sedia maklum umat Kristian yang paling awal mendengarnya melalui khutbah para Rasul Jesus.

    Dan bagaimana pula Nabi Muhammad mengetahui kisah penyaliban sedangkan nabi anda hanya lahir pada 570 dan tidak pula berada di kaki salib (seperti Mother Mary, Mary Magdalene dan John). Anda akan mengatakan al-Quran mengatakan demikian.

    (We all know that and we want other sources especially historical sources. We Catholics know that pagan Roman historical writers of Jesus’ time such as Josephus witnessed the whole things and wrote it down and yet did not deny it).

    Jadi cerita siapa yang harus kita percaya? Kisah umat Kristian yang terdahulu daripada nabi Muhammad atau sebaliknya?

    Bagaimana pula pada tahun 100 atau 200 kisah penyaliban Jesus di Arab sama seperti kisah di Rome atau India (Apostle St. Thomas) tanpa ada Bible? Boleh Irwaan terangkan?

    Terima kasih.

  19. Penghibur

    @Lex

    LEX =====> Apakah maksud ‘roh’? Roh bermaksud benda hidup yang tidak mempunyai badan atau jasad (fizikal) seperti manusia biasa. Mata manusia tidak boleh melihat roh. Manusia diberikan tubuh badan fizikal dan juga jiwa. Jiwa adalah berbentuk roh iaitu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tubuh badan manusia akan mati selepas satu tempoh tetapi jiwa manusia adalah kekal. Selepas kematian, jiwa manusia akan diadili dan dihantarkan sama ada di Surga, Purgatori atau Neraka.
    Tuhan Allah adalah dalam bentuk roh iaitu tidak mempunyai tubuh badan fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

    PENGHIBUR =====> Roh ciptaan Allah swt itu memang tidak terlihat oleh mata kasar, itu saya sedia maklum, malah saya kami umat Islam memahami lebih dalam dari yang anda fahami.

    Tetapi Lex, Roh Allah ini BUKANLAH Allah itu sendiri, kerana ini adalah Roh CIPTAAN Allah, Roh dari Allah! Allah swt itu tiada perkaitan dengan Roh ini kerana Dzat Allah swt WUJUD Tidak Bersebab, Tiada Permulaan, Tiada Akhiran, Tidak Dicptakan.

    Jesus mempunyai Roh dari Allah, ini sebuah penghormatan dari Allah swt kepadanya, tetapi anda kena faham disini, Roh yang ada pada anda dan ada pada saya dan Roh yang ada pada seluruh alam ini termasuk haiwan juga adalah Roh Allah iaitu Roh dari Allah, iaitu Roh yang dicipta, milik (kepunyaan) Allah.

    Suatu yang dicipta Allah adalah dinamakan hamba Allah dan BUKAN Allah itu sendiri. jika saya katakan pada anda, ada seseorang kerasukan jin, adakah orang kerasukan jin ini anda akan mengatakan dia adalah jin? atau dia tetap manusia?

    “Jesus (a.s) Dilahirkan Bererti BUKAN Permulaan, Jesus (a.s) Mati Bererti Dia BUKAN Penghabisan”

    LEX =====> Doktrin tentang Triniti adalah ajaran Jesus yang diperturunkan melalui Tradisi Suci kepada umat Kristian. Sibu Catholic telahpun menerangkan dengan jelas konsep Triniti mengikut Koran.

    PENGHIBUR =====> Sangat menghairankan, dimana di dalam Bible Jesus mengajar tentang TRINITI? Jesus dengan jelas menentang TRINITI, TRINITI bukanlah Esa, malah TRINITI adalah Konsep yang menyimpang dari Konsep Tauhid yang sebenarnya.

    Buktikan pada kami;

    (1) TRINITI adalah Tuhan Maha Esa, Tuhan Sehakikat, Tidak Terpisah bahawa ini adalah FAKTA yang KONKRIT, mohon rujukan Bible.

    LEX =====> Jesus adalah Anak Manusia dan juga Anak Allah. Jesus adalah Allah (God).

    PENGHIBUR =====> Saya suka berkongsi tentang hal ini, anda tidak boleh menolak dalil dari Al-Quran semata-mata anda adalah kristian, jika anda jujur dalam ber-Tuhan, maka anda tidak keberatan dengan wahyu Al-Quran dalam ilmu perbandingan agama.

    (1) Jesus (a.s) Anak Manusia, ya saya dan anda juga adalah Anak Manusia dan BUKAN Anak Harimau atau Anak Ikan Paus.

    a. (Malachi 3:6)
    Bahawasanya Aku, Tuhan, Tidak berubah.

    b. (Bilangan 23:19)
    Allah BUKANLAH MANUSIA, sehingga ia berdusta, ia BUKAN ANAK MANUSIA, sehingga ia menyesal.

    c. (John 5:37)
    Bapa yang mengutus Aku…KAMU TIDAK PERNAH MENDENGAR SUARANYA, RUPANYA PUN TIDAK PERNAH KAMU LIHAT.

    Saya yakin para murid Jesus (a.s) PASTI MENDENGAR suara Jesus (a.s)!

    Persoalan penting disini adalah sekiranya Tuhan sememangnya merancang untuk berubah bentuk menjadi manusia, mengapa dia mengemukakan kenyataan yang hakikatnya bertentangan dengan pegangan akidah Kristian?

    (1 Corinthians 14:33)
    Sebab Allah tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera.

    (2) Jesus (a.s) Anak Allah (?) ini kes berat ni.

    a. (Kejadian 6:1-4)
    ….anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia…

    b. (Keluaran 4:22)
    ….Israel adalah anak-Ku, anak sulung-Ku.

    c. (Jeremiah 31:9)
    …Efraim adalah anak-Ku yang sulung.

    d. (Lukas 3:38)
    …menurut pendapat orang..Dia (Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak Matat…anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.

    e. (Roma 8:14)
    Orang yang dipimpin oleh Ruh Allah, maka mereka itu, anak-anak Allah.

    Lex, saya ingin bertanya;

    (i) Berapa ramai ANAK Allah?
    (ii) Siapa ANAK SULUNG Allah yang sebenarnya?

    CATATAN : Istilah Anak Allah adalah kiasan araupun dikategorikan sebagi metafora.

    Kalaulah semata-mata kalimah ANAK ALLAH yang disebut Jesus kita terima tanpa memikirkan unsur kiasan atau metafora, bagaimana dengan ini

    a. ( Keluaran 7:1)
    Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau ‘Tuhan’ di depan Firaun, dan harun sebagai nabimu.”

    b. (Mazmur 82:6)
    “Aku berkata bahawa kamu semua ‘Tuhan’, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.”

    c. (John 10:34)
    Jesus berkata kepada mereka : “Bukankah telah tertulis di dalam Taurat kamu bahawa Allah telah berfirman : Kamu adalah ‘Allah’?”

    d. (2 Korintus 4:4)
    ..Iblis adalah Tuhan pada masa ini…

    CATATAN : Semua ini membuktikan bahawa kamu celaru dengan isi kitab kamu.

    LEX =====> Allah Bapa berfirman dan Firman itu adalah Allah. Allah adalah roh. Jadi, Allah adalah Allah Bapa, Allah Anak (Firman) dan Allah Roh.

    PENGHIBUR =====> Sepatutnya biar lebih jelas

    (John 1:1-14)
    Pada mulanya adalah firman, Firman itu BERSAMA-SAMA Allah dan Firman itu adalah Allah…Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita.

    These word are not the word of Jesus (a.s), but of St.John (or whoever is the author of this gospel). Christian Scholars say that these the word of a Jew called Philips of Alexandria, who wrote them before Jesus (pbuh) were born and claimed no divine inspiration for them.

    Ulasan saya, sangat pelik ayat ini, saling bercanggahan tak tentu hala, untuk pengetahuan anda, Para Ilmuan Kristian turut mempertikaikan bukan sahaja kredibiliti Injil john sebagai kitab Suci, bahkan mempertikaikan John, anak murid Jesus sebagai pengarangnya.

    PERHATIAN : Kita gantikan “Firman” dengan “Allah”

    “Pada mulanya adalah ALLAH, ALLAH itu BERSAMA-SAMA ALLAH dan ALLAH itu adalah ALLAH…”

    Disana terdapat 2 Tuhan? Gods?

    By, Penghibur

    Respons:
    Bagaimana mungkin awak memahami konsep Allah lebih baik daripada orang lain? Allah yang awak sembah TIDAK SAMA dengan Allah yang kami sembah. Awak hanya memahami lebih mendalam tentang Allah yang awak sembah, bukan tentang Allah yang disembah oleh umat Kristian.

    Allah adalah Supreme Being yang kesempurnaan-Nya tidak terbatas yang mencipta segalanya dan merupakan sebab kewujudan semua ciptaan. Allah terletak paling atas daripada segala makhluk hidup, wujud dengan sendirinya, dan Roh yang sempurna tanpa batas.

    Apakah Roh? Roh ialah kejadian (being) yang memiliki kefahaman, kebebasan membuat pilihan (free will), dan hidup kekal selamanya. Roh tidak memiliki tubuh badan fizikal. Apabila Allah berfirman atau berkata-kata, kita sebenarnya menceritakan tentang Allah secara gambaran sahaja kerana Allah tidak memiliki mulut seperti manusia.

    Malaikat dan Iblis adalah roh. Manusia merupakan separa roh kerana manusia memiliki tubuh badan. Jiwa manusia merupakan roh, yang tidak terbatas kepada jisim dan tidak dapat dimusnahkan oleh manusia lain.

    Oleh kerana Allah adalah Roh maka Allah memiliki kesedaran (mengetahui dan memahami) tentang kewujudan diri-Nya sendiri. Kesedaran ini ‘mewujudkan’ Imej Allah sendiri. Kesedaran ini bukan seperti kesedaran yang dialami oleh manusia biasa tetapi merupakan Persona yang hidup, substan yang sama dengan Allah, dan satu dengan Allah (Bapa). Persona yang hidup ini ialah Allah Anak. Allah Anak merupakan Firman dan Kebijaksanaan Allah Bapa.

    “In the beginning was the Word, and the Word was with God; and the Word was God” (John 1:1).

    Allah Bapa melihat imej-nya pada Allah Anak, mengasihi Allah Anak, dan Allah Anak mengasihi Allah Bapa untuk selamanya. Kedua-duanya saling mengasihi kerana mereka melihat ketidakterbatasan Allah dalam diri masing-masing, keindahan ketuhanan, Kebenaran Agung Allah. Kejadian mengasihi sesama antara Allah Bapa dan Allah Anak bukan sekadar pemikiran biasa seperti yang dialami oleh manusia, tetapi ‘mewujudkan’ Persona ketiga, Roh Allah atau Roh Kudus yang memiliki substan yang sama seperti Allah.

    “But when the Advocate has come, whom I will send you from the Father, the Spirit of truth who proceeds from the Father, he will bear witness concerning me” (John 15:26)

    Apabila membuat rujukan kepada Alkitab, sila gunakan pautan ini: http://www.drbo.org/

    Ajaran, doktrin dan dogma Katolik datang daripada dua sumber utama iaitu Tradisi Suci (ajaran oral) dan Alkitab. Antara dua sumber ini, Tradisi Suci merangkumi semuanya termasuk Alkitab. Alkitab tidak mengandungi semua ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Apabila saudara merujuk kepada Alkitab dan mempersoalkan doktrin Trinity maka saudara sebenarnya tersilap. Seperkara lagi, saudara tidak menerima (tidak mempercayai) Alkitab tetapi menggunakan Alkitab untuk menegakkan pernyataan saudara. Ini suatu yang luarbiasa. Sebelum Alkitab digunakan sebagai bukti, saudara haruslah terlebih dahulu mempercayai Alkitab sebagai Firman Allah yang benar.

    Tafsiran peribadi saudara ke atas ayat-ayat suci Alkitab adalah silap dan terpesong. Hanya Gereja yang diberi autoriti untuk mentafsir Alkitab secara benar dan menurut Tradisi Suci. Oleh itu, adalah sia-sia jika saudara mentafsir Alkitab dan menganggap bahawa tafsiran saudara adalah benar. Jika saudara berkata bahawa saudara pakar mentafsir Koran, saya tidak ada komen kerana itu adalah urusan saudara tetapi saudara tidak layak untuk melantik diri sendiri sebagai orang yang pakar dalam hal mentafsir Alkitab.

    Kesaksian Santo Yohanes dalam John 1:1-14 merupakan testimoni yang kukuh bahawa Yesus adalah benar-benar Anak Allah dan Yesus adalah Allah.

    Sebenarnya saudara sendiri yang mengelirukan diri sendiri kerana saudara membuat pilihan untuk tidak mahu menerima atau mendengar ajaran Kristian. Allah Tritunggal (Trinity) adalah SATU Allah (bukan tiga). Allah Bapa adalah Allah. Allah Anak adalah Allah. Allah Roh adalah Allah. Allah Bapa bukan Allah Anak. Allah Anak bukan Allah Roh. Allah Roh bukan Allah Bapa. Ada tiga Persona yang sama substan dan adalah Allah tetapi bukan tiga Allah tetapi satu Allah. Konsep Tritunggal adalah suatu misteri yang sukar untuk difahami oleh pemikiran manusia yang terbatas.

    Jika awak benar-benar enggan menerima konsep Tritunggal Allah, satu Allah tetapi tiga Persona, bagaimana pula saudara dapat menerangkan Allah itu SATU?

  20. @Lex

    Kenapa masih moderasi artikel saya, saya dah baca ulasan anda, tapi saya harap supaya semua sidang pembaca boleh membaca jawpan saya dan jawapan anda.

    Saya yakin, setakat ini saya masih dalam topik perbincangan dan saya juga yakin ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

    By, Penghibur

    Respons:
    Jika komen saudara perlu dijawab, saya (sebagai pemilik blog) akan menerbitkannya. Jika perlu diberi maklum balas, saya akan melakukannya. Sebelum disiarkan, saya perlu masa untuk menyediakan jawapan.

  21. Pengarang: Bagaimana mungkin awak memahami konsep Allah lebih baik daripada orang lain? Allah yang awak sembah TIDAK SAMA dengan Allah yang kami sembah. Awak hanya memahami lebih mendalam tentang Allah yang awak sembah, bukan tentang Allah yang disembah oleh umat Kristian.

    Lex, bawa bertenang, seharusnya anda tidak mengatakan ini pada saya. Mengapa anda katakan saya Allah kita tidak sama? Sebenarnya Allah yang kita sembah adalah sama tetapi akidah kita berbeza. jangan dislah faham terlebih dahulu, sangat penting untuk memahami konteks!

    [deleted]

    By, Penghibur

    Respons:
    Saudara diminta TIDAK menghantar terlalu banyak komen terutama yang tidak berkaitan dengan tajuk blog. Tidak mematuhi permintaan ini menyebabkan blog saudara akan dihapuskan kerana dianggap melakukan kesalahan ‘spamming’. Komen yang terlalu panjang juga akan dihapuskan kerana tidak akan dibaca terutama yang dicopy dan dipaste dari sumber lain atau sumber sendiri.

    Saya menolak sekeras-kerasnya doktrin awak yang mengatakan bahawa semua penganut agama menyembah ‘allah’ yang sama. Umat Kristian menyembah Allah yang benar jadi hanya agama bukan Kristian sahaja yang menyembah allah yang sama.

    Jika awak percaya bahawa semua penganut agama menyembah allah yang sama, itu terpulanglah kepada awak untuk mempercayainya dan tidak perlu untuk dikomenkan di sini.

    Seperti mana yang telah saya katakan, awak lebih memahami ‘allah’ awak sendiri tetapi bukan Allah umat Kristian. Allah yang benar ialah Allah Tritunggal Mahakudus.

    Allah yang benar mengajar bahawa Yesus adalah Allah tetapi allah palsu akan mengajar bahawa Yesus bukan allah. Ayat yang ringkas dan saya percaya saudara dapat memahami ayat ini.

  22. @Lex

    Saya harap anda jangan reply ulasan saya sehingga saya jawap semua ulasan-ulasan anda, saya agak sibuk sedikit sebab tu lambat sikit nak reply. Saya senang untuk berkongsi, dan saya senang kerana kita sama-sama menjaga etika, kerana kita dilahirkan sebagai manusia yang memiliki agama. Sekadar untuk perhatian anda.

    By, Penghibur

  23. Pengarang: Allah adalah Supreme Being yang kesempurnaan-Nya tidak terbatas yang mencipta segalanya dan merupakan sebab kewujudan semua ciptaan. Allah terletak paling atas daripada segala makhluk hidup, wujud dengan sendirinya, dan Roh yang sempurna tanpa batas.

    Poin ini saya tidak membantah, kerana Islam mempunyai pegangan begini, Cuma kami tak kata Allah itu Roh, tetapi Dzat Yang Maha Tinggi, Dzat yang Maha Agung. Dikatakan Dzat BUKAN bermaksud Dzat seperti makhluk, TIDAK SAMA SEKALI.

    Maha Suci Allah, kita perhatikan seketika;

    (a) Allah swt MELIHAT BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai MATA Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.

    (b) Allah swt MENDENGAR BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai TELINGA Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.

    (c) Allah swt BERKATA-KATA BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai MULUT Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.

    (d) Allah swt MENGENGGAM BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai TANGAN Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.

    (e) Allah swt DILUAR dari Sifat Masa, Sama Ada Masa Lalu, Masa Kini & Masa Akan Datang. Allah swt DILUAR Dari Sifat Berubah Bentuk Sama Ada Muda, Tua Atau Apa Saja. Allah swt DILUAR Dari Sifat Mati.

    (f) Allah swt BERWAJAH BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai WAJAH Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.

    (g) Allah swt HIDUP BUKAN Bermaksud Allah swt HIDUP Seperti Makhluk Ciptaan-Nya. Ini Kerana Hidup Allah swt Tiada Permulaan Bererti BUKAN DILAHIRKAN dan Tiada Penghabisan Bererti Allah swt TIDAK MENEMUI KEMATIAN.

    “Allah swt Maha Kuasa Mengatasi Logik Akal Manusia, Kerana Akal Manusia Itu Juga Diantara Ciptaan Allah”

  24. Pengarang: Apakah Roh? Roh ialah kejadian (being) yang memiliki kefahaman, kebebasan membuat pilihan (free will), dan hidup kekal selamanya. Roh tidak memiliki tubuh badan fizikal. Apabila Allah berfirman atau berkata-kata, kita sebenarnya menceritakan tentang Allah secara gambaran sahaja kerana Allah tidak memiliki mulut seperti manusia.

    Ini pun saya tidak membantah dan saya bersetuju, tetapi saya ingin tegaskan beberapa hal yang saya kira penting disini iaitu Roh yang kita sedang bicarakan ini akan berhadapan 2 Ujian iaitu Ujian Kebenaran dan Ujian Kepalsuan, oleh kerana itu Allah swt membekalkan pada kita AKAL supaya kita berfikir dengan apa yang kita pilih, tiap-tiap Roh akan dihadapkan kepada balasan, sama ada balasan kebaikan mahupun keburukan. Kita perhatikan seketika pernyataan dibawah ni;

    “Apabila Kita Diberi AKAL, Bererti Kita Mempunyai PILIHAN,
    Apabila Kita Diberi PILIHAN, Maka Ada BENAR Dan SALAH,
    Apabila Ada BENAR Dan SALAH, Maka Ada DOSA Dan PAHALA, Apabila Ada DOSA Dan PAHALA, Maka Ada SYURGA Dan NERAKA,
    Apabila Ada SYURGA Dan NERAKA, Maka Ada SYARIAT Allah,
    Apabila Ada SYARIAT Allah, Maka [deleted],
    [deleted]
    [deleted]

  25. Pengarang: Malaikat dan Iblis adalah roh. Manusia merupakan separa roh kerana manusia memiliki tubuh badan. Jiwa manusia merupakan roh, yang tidak terbatas kepada jisim dan tidak dapat dimusnahkan oleh manusia lain.
    Oleh kerana Allah adalah Roh maka Allah memiliki kesedaran (mengetahui dan memahami) tentang kewujudan diri-Nya sendiri. Kesedaran ini ‘mewujudkan’ Imej Allah sendiri. Kesedaran ini bukan seperti kesedaran yang dialami oleh manusia biasa tetapi merupakan Persona yang hidup, substan yang sama dengan Allah, dan satu dengan Allah (Bapa). Persona yang hidup ini ialah Allah Anak. Allah Anak merupakan Firman dan Kebijaksanaan Allah Bapa.

    Saya tidak keberatan dengan pendekatan ROH yang anda gunakan untuk Malaikat dan Iblis untuk menunjukkan hamba-hamba Allah ini tidak terlihat oleh mata kasar. Manusia juga mempunyai ROH, saya memang tidak keberatan Sekali lagi saya tegaskan bahawa ROH ini adalah Roh Ciptaan Allah.

    (1) MALAIKAT adalah di antara hamba Allah yang GHAIB dari pandangan mata manusia. Malaikat Allah yang ghaib ini juga MEMPUNYAI ROH. Malaikat itu BUKAN Roh, tetapi Malaikat-Malaikat Allah itu sama seperti Manusia yang mempunyai Roh.

    “Malaikat Memiliki Roh”

    Jika manusia sendiri tidak dapat menerangkan bagaimana rupabentuk Roh, begitulah juga Malaikat Allah ini, Malaikat-Malaikat Allah ini juga tidak tahu bagaimana rupabentuk Roh mereka, hanya kepada Allah swt kita berserah.

    (2) IBLIS juga demikian, walaupun manusia tidak melihat wajah sebenarnya kerana tidak tercapai oleh mata kasar kita sebagai manusia, Iblis juga MEMPUNYAI ROH! Iblis sendiri tidak mampu merungkai Hakikat Roh, hanya kepada Allah swt kita berserah.

    (3) MANUSIA juga mempunyai Roh, tidak ada manusia yang tidak mempunyai Roh.

    Roh-Roh adalah Roh ciptaan Allah swt, Hakikat Roh ini hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Berbalik kepada Roh yang dimiliki Manusia, Roh inilah yang sebenarnya merasa sakit, melihat, mendengar, berfikir, berjalan dan macam-macam lagi.

    Roh inilah yang akan berhadapan dengan Balasan Syurga atau Balasan Neraka. Kemudian Allah swt membekalkan kepada manusia Akal serta panduan hidup iaitu wahyu-Nya yang disampaikan oleh Nabi-Nabi pilihan Allah dimuka bumi ini.

    (4) Berkenaan Dzat Allah swt, manusia harus memahami Sifat yang berdiri pada Dzat Allah, kerana jika dihuraikan berdasarkan AKAL Manusia semata-mata, maksudnya akan rosak dari Hakikat Allah swt itu sendiri.

    Saya telah jelaskan sekalipun malaikat dan iblis adalah GHAIB (tidak terlihat oleh mata kasar manusia), Malaikat dan Iblis ini juga mempunyai Hakikat Roh dan hakikat ini juga tidak diketahui oleh Malaikat dan Iblis, hanya Allah swt sahaja mengetahui hakikat Roh pada Malaikat dan Iblis. Sebagaimana Manusia yang tidak dapat menerangkan hakikat Roh yang dimilki Manusia sendiri.

    Allah swt tiada perkaitan dengan Roh-Roh ini, kerana semua roh ini adalah ciptaan Allah, apabila dikatakan ciptaan Allah, maka ia bermaksud semua ciptaan ini adalah hamba-hamba-Nya.

    Allah swt tidak dapat diterangkan oleh satu apa pun, tidak ada sesuatupun yang mampu menyerupai Allah, tidak pula Allah akan menyerupai hamba-hamba-Nya, malah apa-apa yang terlintas di hati dan di fikiran kita manusia pun BUKAN Hakikat Allah. Inilah BUKTI ke-Mahakuasaan Allah swt.

    “Segala Sesuatu Pasti Musnah KECUALI Allah, Roh-Roh Ini Juga Boleh Dimusnahkan Allah swt Jika Dia berkehendak”

    KESIMPULAN : Allah Anak adalah sebuah pernyataan yang ditentang oleh Allah swt sendiri, Allah swt tidak memerlukan anak untuk menterjemahkan diri-Nya. Ini adalah sebuah kesalafahaman manusia dalam memahami sifat yang berdiri pada Dzat Allah swt.

    Sama ada ANAK ini adalah ANAK secara Biologi (mengikut istilah Kristian indonesia) ataupun apa maksudnya yang boleh membawa kepada menyekutukan Allah swt adalah HARAM 100%.

    “..Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan..”

    Respons:
    Allah adalah Supreme Being, Roh yang sempurna secara infinit (tanpa batas). Saya tidak faham konsep ‘dzat’ yang awak maksudkan. Adakah itu bermakna ‘substan’? Umat Kristian tidak silap apabila menerima ajaran Yesus sendiri bahawa Dia adalah Anak Allah. Kerana cinta kasih besar Allah yang tidak terhingga akan manusia ciptaan-Nya, maka Allah sanggup turun ke dunia sebagai manusia (tetapi keallahan-Nya tetap kekal) untuk menebus manusia daripada dosa kerana hukum dosa ialah mala petaka di Neraka untuk selamanya. Allah telah membuat keputusan untuk berbuat demikian, apakah yang boleh saya lakukan kecuali menerima kehendak Allah.

    Adakah kuasa Allah terbatas sehingga Dia tidak dapat menjadi manusia? Allah itu Mahakuasa. Saudara tidak berhak untuk mengatakan apa yang Allah boleh buat dan tidak boleh buat!

  26. ukah

    ada yg m,katakn Yesus x d salib sebab x melihat jd x pcya.jd mereka menyangkal Yesus d salib supya kepercayan mereka dpt d tegakkan..

  27. Penghibur

    Pengarang: “In the beginning was the Word, and the Word was with God; and the Word was God” (John 1:1).

    Allah Bapa melihat imej-nya pada Allah Anak, mengasihi Allah Anak, dan Allah Anak mengasihi Allah Bapa untuk selamanya. Kedua-duanya saling mengasihi kerana mereka melihat ketidakterbatasan Allah dalam diri masing-masing, keindahan ketuhanan, Kebenaran Agung Allah. Kejadian mengasihi sesama antara Allah Bapa dan Allah Anak bukan sekadar pemikiran biasa seperti yang dialami oleh manusia, tetapi ‘mewujudkan’ Persona ketiga, Roh Allah atau Roh Kudus yang memiliki substan yang sama seperti Allah.

    Berkenaan John 1:1-14, saya dah jelaskan ia saling bertentangan, lagipun ia tidak kuat untuk dijadikan pegangan. Sokongan terhadap ayat ini lemah.

    Untuk pengetahuan anda, sebenarnya peggunaan perkataan ‘Anak’ di dalam Bible hanya sebagi kiasan sahaja, tak lebih dari itu, ia adalah perkataan metafora, langsung tidak menunjukkan Anak Yang Hakiki. Jika anda mengambil penafsiran ‘Anak’ adalah yang hakiki, maka ini adalah suatu perbuatan yang menyekutukan Allah swt.

    Apabila saya membaca ulasan anda, saya ingin anda menjelaskan soalan-soalan dibawah, sebelum saya melanjutkan bahsan berkenaannya;

    (a) Apakah BEZA Nabi Dengan TUHAN?

    (b) Apakah Jesus (a.s) adalah NABI atau TUHAN?

    (c) Buktikan bahawa TRINITI adalah TUHAN SEHAKIKAT, TIDAK TERPISAH, bahawa ini adalah FAKTA yang KONKRIT.

    PERHATIAN (1) : Pembuktian anda kali ini sangat penting, suatu penjelasan yang tidak dijelaskan berdasarkan kitab Suci adalah tertolak samasekali, kerana wahyu Kitab adalah rujukan utama jika dibandingkan dengan pandangan peribadi atau cerita turun temurun bukanlah akurat. Kita bahaskan kemudian, sehingga anda memberikan jawapan terhadap 3 soalan kecil diatas.

    PERHATIAN (2) : Saya ingin menambah sedikit berkenaan Allah swt, Jesus (a.s) dan Roh Qudus.

    a. ALLAH SWT = Satu-Satunya Tuhan Yang Patut Disembah

    b. JESUS (a.s) = Diantara 5 Nabi Terkemuka yang dikenali sebagi Nabi Ulul Azmi

    c. ROH QUDUS = Malaikat Jibril a.s Iaitu Malaikat Allah Yang Bertanggungjawab Membawa Wahyu.

    Respons:
    Jika saudara menolak ayat John 1:1-14 atau tafsiran saya ke atas ayat itu, maka tidak ada apa lagi yang perlu dibincangkan kerana saudara telah membuat pilihan untuk ‘mempercayai’ tafsiran sendiri.

    Yesus adalah Anak Manusia DAN Anak Allah. Yesus benar-benar manusia dan juga Allah. Yesus adalah Persona Kedua dalam Allah Tritunggal Mahakudus. Bukan tiga Allah tetapi SATU Allah.

    Doktrin Allah Tritunggal diajar oleh Yesus sendiri dan disebar melalui Tradisi Suci. Saya tidak ada alasan untuk menolak ajaran Yesus yang benar. Saya tidak perlu membuktikan apa-apa tentang konsep Tritunggal kepada saudara kerana saudara sejak awal telah membuat pilihan untuk menolak konsep ini.

    Awak sememangnya silap apabila berkata bahawa Yesus bukan Allah. Kenyataan saudara menghujat Allah (blasphemous). Roh Kudus bukan malaikat Gabriel tetapi Roh Allah, Persona Ketiga.

  28. Pengarang: Sebenarnya saudara sendiri yang mengelirukan diri sendiri kerana saudara membuat pilihan untuk tidak mahu menerima atau mendengar ajaran Kristian. Allah Tritunggal (Trinity) adalah SATU Allah (bukan tiga). Allah Bapa adalah Allah. Allah Anak adalah Allah. Allah Roh adalah Allah. Allah Bapa bukan Allah Anak. Allah Anak bukan Allah Roh. Allah Roh bukan Allah Bapa. Ada tiga Persona yang sama substan dan adalah Allah tetapi bukan tiga Allah tetapi satu Allah. Konsep Tritunggal adalah suatu misteri yang sukar untuk difahami oleh pemikiran manusia yang terbatas.

    Mohon bawakan sumber rujukan dari Al-Kitab, jika anda membuat pernyataan sebegini, maka anda tidak membicarakan berkenaan wahyu Allah ini iaitu Bible (berdasarkan pegangan Kristian dan tidak pada Islam)

    Pertentangan demi pertentangn akan timbul jika kita membuat perbandingan TRINITI yang anda kemukakan dengan kenyataan Bible;

    (Yohanes 17:3)
    “Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa dan Yesus kristus yang telah Engkau suruhkan itu”.

    (Markus 12:29)
    “Maka jawab Yesus kepadanya, HUKUM YANG TERUTAMA ialah: Dengarlah olehmu hai Israel, adapun ALLAH TUHAN KITA ialah Tuhan yang Esa.”

    (Ulangan 4:35)
    “Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi”.

    (Ulangan 6:4)
    “Dengarlah olehmu hai Israel, sesungguhnya Hua Allah kita, Hua itu Esa adanya.”

    (Ulangan 4:39)
    “Maka sekarang ketahuilah olehmu dan perhatikanlah ini baik-baik, bahwa Tuhan itulah Allah, baik di langit yang di atas, baik di bumi yang di bawah, dan kecuali Ia tiadalah lain lagi.”

    (II Samuel 7:22)
    “Maka sebab itu besarlah Engkau, ya Tuhan Allah karena tiada yang dapat disamakan dengan dikau dan tiada Allah melainkan Engkau sekedar yang telah kami dengar dari telinga kami”.

    (Yahya 17:8)
    “Karena segala firman yang telah Engkau firmankan kepadaku, itulah aku sampaikan kepada mereka itu, dan mereka itu sudah menerima dia, dan mengetahui dengan sesungguhnya bahwa aku datang dari pada-Mu, dan lagi mereka itu percaya bahwa Engkau yang menyuruh aku”

    PENJELASAN (1) : Kitab Bible yang mengalami perubahan besar di dalamnya masih juga terdapat perkara-perkara yang benar seperti ayat-ayat yang dikemukakan di atas. Allah Maha Esa bererti Allah BUKAN 3 Tuhan atau Allah BUKAN 3 dalam 1 atau 1 dalam 3. (Ini saya akan buktikan kemudian)

    PENJELASAN (2) : Saya masih membicarakan berdasarkan Bible, mohon anda kemukakan dalil berdasarkan Bible, jika tidak anda sebenarnya tidak membuktikan apa-apa tentang TRINITI sebagai Akidah Umat Kristian.

    Respons:
    Pertama, saudara tidak sepatutnya menggunakan ayat-ayat suci Alkitab untuk membuktikan argumen saudara kerana saudara tidak mempercayai Alkitab. Kedua, saudara tidak memiliki autoriti untuk mentafsir ayat-ayat suci Alkitab mengikut kehendak sendiri. Ketiga, saya tidak mungkin dapat membuktikan argumen saya menggunakan Alkitab kerana (i) awak menolak Alkitab (ii) awak membuat tafsiran sendiri dan menolak tafsiran orang lain.

  29. Pengarang: Ajaran, doktrin dan dogma Katolik datang daripada dua sumber utama iaitu Tradisi Suci (ajaran oral) dan Alkitab. Antara dua sumber ini, Tradisi Suci merangkumi semuanya termasuk Alkitab. Alkitab tidak mengandungi semua ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Apabila saudara merujuk kepada Alkitab dan mempersoalkan doktrin Trinity maka saudara sebenarnya tersilap. Seperkara lagi, saudara tidak menerima (tidak mempercayai) Alkitab tetapi menggunakan Alkitab untuk menegakkan pernyataan saudara. Ini suatu yang luarbiasa. Sebelum Alkitab digunakan sebagai bukti, saudara haruslah terlebih dahulu mempercayai Alkitab sebagai Firman Allah yang benar.

    Anda mengatakan Alkitab TIDAK mengandungi semua Ajaran dan anda tegaskan bahawa Tradisi Suci jauh lebih DETAIL dari Al-Kitab!

    (1) Saya nak tanya anda tentang beberapa perkara;

    a. Al-Kitab ini datang dari siapa? Maksud saya disini adalah Al-Kitab (merujuk Taurat dan Injil) diwahyukan dari siapa?

    b. Adakah Tradisi Suci merupakan firman Allah?

    c. Tradisi Suci (Ajaran Oral) ajaran siapa sebenarnya?

    d. Ajaran Oral (Tradisi Suci), apakah yang mendukungnya bahawa Tradisi Suci ini lebih Akurat dari Al-Kitab (merujuk Taurat dan Injil)?

    (2) Kitab Bible yang berada di tangan anda itu BUKANLAH Kitab yang DIIMANI oleh Umat Islam, bahkan nabi-nabi terdahulu dari nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s (Jesus). Jika Bible yang berada di tangan anda itu terdapat Firman Allah, mengapa tidak itu memang ada! TETAPI di dalamnya terdapat juga ucapan-ucapan Nabi dan ucapan-ucapan sejarahwan. Terdapat 3 tingkatan kepenulisan wahyu Bible di tangan anda itu dan ia BUKANLAH 100% Firman Allah melainkan bercampuraduk.

    Selain itu terdapat ratusan percanggahan, mungkin ribuan percanggahan di dalamnya, semua kesalahan Ilmiah ini tidak patut disandarkan kepada Allah swt. Allah swt DI LUAR DARI SIFAT LEMAH. Sifat lemah hanya untuk hamba-hamba Allah swt sahaja.

    (3) Saya menggunakan sepenuhnya Isi Al-Kitab BUKANLAH untuk perhatian saya, TETAPI UNTUK PERHATIAN KAMU Umat Kristian. 100% untuk kamu sebenarnya. Oleh kerana sikap kamu menolak Al-Quran mentah-mentah tanpa menguji kebenarannya, maka saya manfaatkan 100% bible, kerana percanggahan di dalam bible BUKAN pada skala kecil untuk diperkatakan, malah setiap persoalan akan ada jawapan dari Bible anda untuk membuktikan bahawa pernyataan anda juga bertentangan antara satu dengan yang lain.

    KESIMPULAN : Semoga pernyataan saya tidak disalah erti sehingga anda menyekatnya (banned), saya harap ini tidak berlaku, perbezaan pandangan perkara biasa, saya 100% tidak memikirkan soal menang atau kalah, yang saya utamakan adalah kebenaran sekalipun saya kalah dalam pembicaraan. Hakikatnya tiada siapa yang kalah, pembuktian pada kebenaran itulah yang menjadi kemenangan di akhirat nanti.

    Respons:
    Saudara boleh mencari maklumat yang ditanya daripada pautan ini: http://www.drbo.org/catechism.htm. Secara ringkas, Alkitab ditulis oleh manusia yang mendapat inspirasi daripada Allah. Alkitab adalah Firman Allah yang hidup. Tradisi Suci berasal daripada Yesus Kristus sendiri, diperturunkan oleh para Rasul dari satu generasi kepada generasi yang lain sepanjang zaman. Senarai buku dalam Alkitab mula-mula disediakan oleh Paus Damasus sekitar tahun 382 AD. Perakuan ketepatan Alkitab Douay Rheims telah dibuat oleh Gereja.

    Saya tidak berminat dengan agama lain. Saya tidak berminat dengan pandangan atau pendapat saudara tentang Alkitab. Tiada siapa yang bertanya di sini, jadi tidak payahlah diberikan jawapan yang tidak diminta.

    Tidak ada percanggahan atau kesilapan apa pun di dalam Alkitab.

    Saudara menggunakan Bible untuk buktikan ajaran awak yang silap tetapi saudara sendiri menolak Bible. Bagaimana mungkin suatu argumen atau hujah disokong oleh bukti yang dianggap ‘silap’. Bolehkah hujah seperti ini bertahan di dalam perbicaraan mahkamah manusia?

    Jika awak ingin mengajukan soalan untuk memperbetulkan pemahaman saudara, silakan bertanya tetapi jika niat saudara mahu kononnya ‘memperbetulkan’ kepercayaan saya, saudara hanya membuang masa sahaja.

    Soalan haruslah pendek dan terus kepada isu sebenar yang berkaitan dengan artikel blog.

  30. Pengarang: Jika awak benar-benar enggan menerima konsep Tritunggal Allah, satu Allah tetapi tiga Persona, bagaimana pula saudara dapat menerangkan Allah itu SATU?

    Inilah jawapan saya untuk soalan anda, sila baca baik-baik dan fahami konteks pembicaraan saya.

    (Yohanes 17:3)
    “Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa dan Yesus kristus yang telah Engkau suruhkan itu”.

    (Markus 12:29)
    “Maka jawab Yesus kepadanya, HUKUM YANG TERUTAMA ialah: Dengarlah olehmu hai Israel, adapun ALLAH TUHAN KITA ialah Tuhan yang Esa.”

    (Ulangan 4:35)
    “Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi”.

    (Ulangan 6:4)
    “Dengarlah olehmu hai Israel, sesungguhnya Hua Allah kita, Hua itu Esa adanya.”

    (Ulangan 4:39)
    “Maka sekarang ketahuilah olehmu dan perhatikanlah ini baik-baik, bahwa Tuhan itulah Allah, baik di langit yang di atas, baik di bumi yang di bawah, dan kecuali Ia tiadalah lain lagi.”

    (II Samuel 7:22)
    “Maka sebab itu besarlah Engkau, ya Tuhan Allah karena tiada yang dapat disamakan dengan dikau dan tiada Allah melainkan Engkau sekedar yang telah kami dengar dari telinga kami”.

    (Yahya 17:8)
    “Karena segala firman yang telah Engkau firmankan kepadaku, itulah aku sampaikan kepada mereka itu, dan mereka itu sudah menerima dia, dan mengetahui dengan sesungguhnya bahwa aku datang dari pada-Mu, dan lagi mereka itu percaya bahwa Engkau yang menyuruh aku”

    PENJELASAN (1) : Kitab Bible yang mengalami perubahan besar di dalamnya masih terdapat juga terdapat perkara-perkara yang benar seperti ayat-ayat yang dikemukakan di atas. Allah Maha Esa bererti Allah BUKAN 3 Tuhan atau Allah BUKAN 3 dalam 1 atau 1 dalam 3.

    PENJELASAN (2) : Sebelum perbincangan lebih jauh saya nak bagi sidikit ringkasan erti Esa pada Allah swt.

    [deleted]

    (b) Allah swt menegaskan lagi tentang ke-Esa-anNya seperti berikut;

    [deleted]

    (c) Allah swt memberi peingatan kepada orang seperti saudara sekalian (Kristian);

    [deleted]

    AKHIRKATA : Allah swt Maha Esa, dan saya tegaskan sekali lagi TRNITI BUKANLAH Konsep Mengenal Allah swt yang betul melainkan menyimpang dari ajaran sebenar.

    Allah iaitu Al-Ilah, adalah Satu-Satunya Yang Patut Disembah dan tiada sekutu bagi-Nya.

    By, Penghibur

    Respons:

    Awak membuat rujukan kepada Alkitab tetapi tidak menggunakan pautan http://www.drbo.org/. Ini menimbulkan masalah kerana terjemahan Alkitab yang paling tepat diperakui ialah Douay-Rheims Bible. Jika saudara tidak mampu berbuat demikian, tindakan saudara untuk berdiskusi menjadi sia-sia.

    Sebagai contoh: Apabila saudara memetik ayat suci Alkitab John 17:3 yang berbunyi “Now this is eternal life: That they may know thee, the only true God, and Jesus Christ, whom thou hast sent”, frasa yang berkaitan ialah ‘the only true God’. Perkataan ‘esa’ tidak ada. Perkataan ‘satu’ juga tidak ada. Ayat ini sebenarnya bersaksi bahawa Allah Kristian adalah Allah yang benar.

    Seperkara lagi, tindakan saudara untuk memetik ayat suci Alkitab merupakan suatu kepelikan kerana saudara membuktikan doktrin awak dengan ayat-ayat suci Alkitab. Adakah awak menerima dan mempercayai Alkitab sebagai Firman Allah yang benar?

    Rujukan kepada Koran tidak akan diterima dan dihapuskan. Saya sudah memaklumkan kepada saudara tetapi saudara masih berdegil dan membuat rujukan kepdaa Koran. Umat Kristian menolak Koran. [Noktah]

  31. Penghibur

    Anda boleh delete disini, tapi tidak di dalam Blog saya, dan mungkin akan datang ada ribuan kristian akan mengunjungi dan berbincang dengan saya tentang Tuhan. sekarang ni pun saya dah simpan semua isi perbincangan kita di dalam Blog saya, jika perlu saya buat tajuk besar.

    Mohon anda buktikan setiap persoalan yang saya bangkitkan, hanya dengan satu ulasan John 17:3 tidak cukup untuk membuktikan apa-apa kebenaran Kristian. Tetap juga dalam Versi Douay menunjukkan Jesus hanya utusan.

    Ada satu soalan lagi soalan, apakah beza antara Tuhan dengan Allah?

    Respons:
    Nampaknya saudara sendiri gagal untuk menjawab isu yang saya bangkitkan iaitu:
    1. Kenapakah saudara menggunakan ayat-ayat suci Alkitab untuk membuktikan doktrin saudara sedangkan saudara tidak mempercayai Alkitab?
    2. Kenapakah saudara memetik ayat daripada Koran sedang Kristian tidak menerima atau mempercayai Koran, dan saudara telahpun ditegur sebelum ini?
    3. Kenapakah saudara mengatakan John 17:3 tidak membuktikan apa-apa sedangkan awak sendiri telah memetik ayat ini untuk kononnya membuktikan doktrin awak? Tidakkah awak membaca John 17:3 yang telah bersaksi dengan penuh autoriti bahawa Jesus adalah Allah yang benar! Pengakuan saudara bahawa ‘…Tetap juga dalam Versi Douay menunjukkan Jesus hanya utusan’ menunjukkan bahawa saudara ke blog ini bukan untuk tujuan mencari kebenaran sebaliknya mahu menyebarkan kepercayaan peribadi awak.

    Sila rujuk Kamus tentang maksud ‘Tuhan’ dan ‘Allah’.

  32. Penghibur

    Jika anda delete semuanya pun, saya tak kisah, anda mempunyai hak 100% untuk DELETE, dan saya tidak berkecil hati, kerana semuanya ada dalam simpanan aku, aku akan olah dan bahas semula di dalam Blog aku, ini akan meningkat kefahaman kepada umat Islam, bagaimana Kristian mengimani Tuhan.

    Termasuk Blog saya, jika WORDPRESS nak menghapuskan, saya tidak keberatan kerana saya boleh buat lebih canggih dari Blog Free ini.

    Perkara terpenting adalah isi perbincangan, tidak kira panjang atau pendek.

    Respons:
    Saya telah memberikan sebab kenapa sebahagian komen saudara dihapuskan. Jika awak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam blog ini, dan MENJAWAB semua isu atau persoalan yang saya bangkitkan, komen saudara tidak akan dihapuskan.

    Saudara tidak perlu bersusah payah bercerita tentang agama Kristian. Saudara tidak tahu apa-apa tentang agama Kristian kerana saudara tidak mempercayai Yesus sebagai Allah yang benar dan hidup.

    Jesus saith to him: I am the way, and the truth, and the life. No man cometh to the Father, but by me. [John 14:6]

    Saudara harus tahu bahawa ruangan ini bukan forum tetapi komen.

    Walau bagaimanapun, saya menanti saudara untuk menjawab soalan yang telah saya kemukakan. Inilah cabaran saya kepada saudara.

  33. emem

    kalau na buat blog yg lebih cangih tak payala bgi tau..buat ja.x profesional langsung

  34. emem

    bahas ja sampai b,lember-lember.aku peduli pa.og tau apa yg benar kwn.sa harap kmu x buat fitnah..

  35. @emem

    Nampaknya ulasan saya menjadi benda yang negatif, sayang sekali, tak mengapalah, saya mohon kemaafan terlebih dahulu pada anda, semoga anda berjaya dalam hidup dan bertemu Hakikat Kebenaran.

    Semua jawapan itu berdasarkan ulasan Lex, BUKAN suka-suka saya, sebab itu perlu faham konteks, kalau saya hanya memberi artikel sekerat, maksudnya tidak akan sampai kepada tujuan kebenaran itu.

    Blog canggih, itu hanya sebuah sindiran untuk Lex, kerana mungkin BLOG saya dihapuskan! Buat apa nak risau jika dihapuskan WORDPRESS.

    @Lex

    Lex, soalan-soalanmu telah saya jawab sebaiknya, kecuali berkenaan ‘Roh Kebenaran” iaitu Nabi Kebenaran iaitu Nabi Muhammad saw, saya tak cukup masa. Berkenaan artikel saya, boleh DELETE semuanya tak susah, jangan pening bro, mudah saja.

    Sampai sekarang saya berfikir, anda langsung tak menjawab soalan, tak mengepalah, awak tak jawab bukan bermakna awak tak tahu, tapi kalau benar Kristian itu BENAR buat apa nak malu.

    Respons:
    Siapakah Lex?

  36. Sibu Catholic

    Dear Penghibur,

    Anda masih belum memahami konsep Blessed Trinity dalam ajaran Katolik walaupun sudah diberi penerangan yang jelas dan nyata. Walaupun begitu, saya tidak akan menghuraikan sekali lagi apa itu Blessed Trinity, sebaliknya, saya akan merujuk kepada “objection” anda dan Muslim yang lain terhadap topik Blessed Trinity. Saya akan merujuk kepada al-quran anda, PUNCA kepada segala KEKALUTAN terhadap doktrin Katolik ini.

    OBJECTION FROM ISLAM:

    Allah itu hanya SATU dan bukannya TIGA seperti didakwa penganut Kristian. Ini berdasarkan kepada beberapa surah dalam kitab anda:

    Contoh dari An-Nisa ayat 171:

    Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) TIGA”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

    …dan beberapa lagi surah-surah dalam ayat quran yang mengatakan bahawa pengikut Kristian mendakwa TUHAN ITU TIGA dan TUHAN MEMPUNYAI ANAK (We believe Penghibur knows better his al-quran).

    CATHOLIC CHURCH ANSWERS:

    Dari permulaan agama Kristian disebar oleh para Rasul-rasul Jesus Christ, mereka tidak pernah menyatakan bahawa TUHAN ITU TIGA dan TUHAN ITU ADA ANAK (seperti dalam surah an-Nisa di atas). Memang benar Jesus tidak pernah mengajar tentang Trinity TETAPI MENDEDAHKAN misteri Trinity sebelum kembali ke syurga.

    “Going therefore, teach ye all nations; baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Ghost.” Matt 28:19

    Di dalam ayat tersebut ada merujuk kepada 3 Persona; Father, Son and the Holy Ghost. Tetapi jangan terlepas pandang perkataan “NAME”, bukan “NAMES”, maksudnya kesemuanya adalah SAMA dan hanya SATU TUHAN TETAPI 3 PERSONA.

    Dan memang benar Bible menggunakan perkataan Son of God (Anak Allah), tetapi penjelasan Anak Allah bukanlah secara terus seperti manusia melahirkan anak secara normal. Di sinilah, anda harus melihat kepada ajaran Gereja tentang MAKSUD SEBENAR ANAK ALLAH, bukannya mengikut tafsiran anda.

    Khutbah Para Rasul sudah tentunya mengajar tentang beriman kepada Allah yang SATU TETAPI TIGA PERSONA. Sesudah para rasul tiada, sudah tentu pengikut Kristian awal berpegang teguh kepada ajaran Trinity ini. Ini dapat dibuktikan kepada ajaran para Santo seperti:

    St. Gregory of Neocaesarea, Asia Minor, (died circa 270-275)
    St.Hiilary of Poitiers (France), (d.368)
    St. Basil the Great, Caesarea of Cappadocia (d. 379)
    St. Gregory of Nyssa (d. 385/386)
    St. Athanasius of Alexandria (d. 373)
    St. Augustine of Hyppo, Africa (d. 430)

    JIka diperhatikan, doktrin Blessed Trinity ini sama walaupun di dua tempat yang berlainan dan pada zaman yang berbeza. Dan kesemua di atas sebelum Islam. Ini membuktikan bahawa ajaran yang diperturunkan daripada nenek moyang mereka TIDAK BERUBAH, iaitu GOD IS ONE AND GOD IS HOLY TRINITY. Dan doktrin Blessed Trinity ini terus didokong sehingga ke hari ini.

    PERSOALAN KATOLIK:

    Gereja Katolik tidak pernah menyatakan TIGA TUHAN, tetapi bagaimana pula al-quran anda mengatakan bahawa penganut Kristian menyembah TIGA TUHAN seperti dinyatakan dalam al-quran anda???Boleh Penghibur terangkan kekeliruan dalam al-quran anda???

    KESIMPULANNYA:

    Apa yang kitab al-quran anda khabarkan tidak menunjukkan apa yang penganut Kristian percaya!!!

    Sudikah Penghibur terangkan kenapa ada kekeliruan dan kontradiksi terhadap konsep Trinity dalam al-quran anda??

  37. Penghibur

    @Sibu Chatolic

    Anda ing8in dialog lagi kerr? hehe jangalah sebab terlalu banyak yang dipotiong. Anda ingat anda sudah cukup bijak dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, PENGECUT PEMILIK BLOG INI! Bila saya mengulas menggunakan ayat Al-Quran SEMUA DI DELETE 100% tidak tinggal walau satu pun, tapi bila kamu (Sibu Chatolic) mengulas BOLEH PULAK YER…!

    Siapa yang Islam ni? saya kah atau kamu?

    Sibu, saya rasa anda tidak cermat membaca artikel saya tambahan banyak dipotonng menyebakan rosaknya konyteks pembicaraan saya, sebenarnya ulasan anda berkenaan Roh, Kalimat dalam konteks Quran TIDAK MENUNJUKKAN Jesus adalah Tuhan. TRINITI BUKANLAH ESA! TRINITI BUKANLAH ESA!

    Jika TRINITI adalah Esa, buat apa wujudnya Gereja UNITY?

    PERSOALAN TRITUNGGAL, saya dah jelaskan, perhatikan 3 wujud yang saya kemukakan ini.

    PERHATIAN (2) : Saya ingin menambah sedikit berkenaan Allah swt, Jesus (a.s) dan Roh Qudus.

    a. ALLAH SWT = Satu-Satunya Tuhan Yang Patut Disembah

    b. JESUS (a.s) = Diantara 5 Nabi Terkemuka yang dikenali sebagi Nabi Ulul Azmi

    c. ROH QUDUS = Malaikat Jibril a.s Iaitu Malaikat Pembawa Wahyu kepada semua nabi-nabi Allah.

    PERHATIAN : Ketiga-tiga inilah yang kamu jadikan SATU dalam TRINITY.

    HAL LAIN : Saya dah katakan di awal perbincangan, SELAGI ANDA MENGGUNAKAN Al-Quran sebagai DALIL, maka ia membawa MAKSUD kamu BERSETUJU 100%, bahawa sesiapa yang menyambah Jesus adalah KAFIR.

    Saya dah jelaskan dengan panjang lebar, tetapi otak pemilik blog ni suka berpandangan serong dan takut tidak bertempat, JANGAN BERANI KATA KRISTIAN BENAR, jika TAKUT pada Al-Quran.

    Orang Yang Benar tidak takut apabila Kitabnya di ulas dengan meluas dan menerima secara terbuka isi kitab lainnya, termasuk Al-Quran.

    Jangan Dwi Standard, sila ulang baca ulasan saya, Lex (?) saya maksudkan pemilik Blog ini TIDAK MENJAWAB walau SATU SOALAN PUN, tetapi mengalih pembicaraan dengan seribu alsan.

    Orang yang ingin mencapai kebenaran tidak takut pada kritikan tetapi menerima dan memberi didikan kepada kebenaran. Inilah prinsip kami dalam Islam.

    Jika takut ulasan panjang sangat, BUKAN SUSAH, anda hanya perlu DELETE. Inipun boleh DELETE setelah kalian baca.

    Respons:

    Saudara kuda_emas @ penghibur, saudara diminta menjawab isu yang dibangkitkan secara langsung.

    Umat Kristian tidak pernah berkata bahawa mereka adalah cukup bijak atau lebih tahu daripada saudara tentang Koran. Tetapi siapakah yang mula-mula menjadikan dirinya lebih bijak dalam hal mentafsir Alkitab?

    Saya telah memaklumkan kepada saudara bahawa ini adalah ruangan Komen dan bukannya Forum tetapi saudara masih lagi berdegil. Siapakah yang harus membuat peraturan di sini: pemilik blog atau kuda emas? Jika saudara tidak selesa dengan peraturan di sini, saudara boleh mencari blog lain. Tetapi jika saudara masih berminat, silalah beri komen, jika bernasib baik, komen saudara akan diterbitkan.

    Jika saudara tidak dapat menerima konsep Trinity atau Allah Tritunggal, saudara tidak perlu bersusah payah untuk menyakinkan umat Kristian bahawa doktrin saudara adalah benar kerana siapakah di dunia ini yang dapat menyelami misteri ketuhanan? Pemikiran manusia tidak dapat menyaingi pemikiran Allah. Saya pernah bertanya kepada saudara bagaimana saudara boleh katakan Allah itu SATU sedangkan Allah tidak terkira atau infiniti (tidak terbatas)? Mampukah saudara mengira atau menghitung ‘air’?

    Saya tidak faham maksud ‘Gereja UNITY’.

    Allah Tritunggal Mahakudus bermaksud satu Allah dalam tiga persona: Roh Bapa, Roh Anak dan Roh Kudus. Bukan tiga allah tetapi SATU Allah. Tiada apa yang saya boleh buat kerana kebenaran ini telah diwahyukan oleh Allah kepada manusia (umat Kristian) melalui Tuhan Jesus, Raja segala raja, Juruselamat manusia.

    Umat Kristian menolak Koran. Saudara Sibu telah membuktikan kepada saudara bahawa Koran tidak dapat diterima pakai. Sila baca komen saudara Sibu dengan teliti dan beri maklum balas ke atas isu yang dibangkitkan.

    Satu-satunya agama yang benar ialah agama Kristian (Roman Katolik). Kepercayaan dan Koran saudara TIDAK ADA kaitan dengan agama Kristian. Apa yang berlaku dalam kepercayaan dan Koran saudara adalah urusan saudara.

    Tafsiran benar ayat-ayat suci Alkitab oleh Gereja diterima pakai sebagai tafsiran benar dan sah. Tafsiran PERIBADI saudara tidak dapat diterima pakai kerana tafsiran saudara hanyalah pendapat dan pemahaman pemikiran manusia biasa. Tidak mungkin tafsiran peribadi saudara diangkat menjadi doktrin rasmi agama Kristian!

    Nama saya bukan LEX. Jangan cuba menukar nama saya sesuka hati.

    Tidak semua soalan saudara dijawab kerana saudara bukannya mencari kebenaran tetapi berniat serong. Contoh: Konsep Triniti. Walaupun telah dikatakan dengan jelas bahawa umat Kristian percaya kepada SATU Allah, tetapi saudara tetap berdegil mengatakan kami menyembah tiga allah! Bilakah saudara akan menjawab soalan-soalan saya dan saudara Sibu pula? Siapakah yang ‘takut’ di sini?

    Jika benar dan jujur bahawa saudara mencari kebenaran, kenapakah awak mencarinya di sini? Tidakkah agama saudara telah memberikan kebenaran yang saudara cari selama ini? Kenapa perlu ditanya soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya sedangkan saudara sudah memiliki jawapannya?

    Sebagai pemilik blog, jawapan yang terlalu panjang, tidak menjawab soalan, berbelit-belit, membuat rujukan kepada Koran sebagai bukti, ‘copy and paste’ dan sebagainya, akan dihapuskan.

  38. Sibu Catholic

    Dear Penghibur,

    Anda masih belum menjawab persoalan kenapa al-quran tidak menggambarkan apa yang kami percaya??al-quran begitu jelas menggambarkan bahawa Kristian menyembah 3 tuhan padahal, Gereja Katolik LANGSUNG TIDAK PERNAH menyembah 3 tuhan.

    Berbalik kepada persoalan Blessed Trinity anda:

    a. ALLAH SWT = Satu-Satunya Tuhan Yang Patut Disembah

    Dalam agama anda ada menyatakan 99 nama Allah, jadi persoalannya adakah anda menyembah 99 nama Allah tetapi masih mengaku hanya ada 1 Allah??
    Jika jawapan anda ya, kenapa begitu susah anda untuk memahami Konsep Trinity, 3 Nama Allah tetapi tetap 1 Allah. (In the “NAME” of the “FATHER”, and of the “SON”, and of the “HOLY GHOST”)
    Pemahaman anda terhadap nama Father, Son and Holy Ghost telah mengelirukan anda kerana anda menyamakan hubungan Trinity ini sama seperti hubungan manusia.

    b. JESUS (a.s) = Diantara 5 Nabi Terkemuka yang dikenali sebagi Nabi Ulul Azmi

    Jesus = Word of God which creates the world. Without it nothing is created. Dan Word of God sudah tentunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar (pernahkah Penghibur melihat apa yang anda ucapkan keluar dari mulut anda?). That is why, the Word made flesh, Firman Allah itu menjadi manusia. Jika malaikat mampu menjelmakan diri mereka seperti manusia, apatah lagi Allah MELALUI FirmanNya, kerana tiada yang mustahil di mata Allah.

    c. ROH QUDUS = Malaikat Jibril a.s Iaitu Malaikat Pembawa Wahyu kepada semua nabi-nabi Allah.

    Jadi, apa yang dikandung Bonda Perawan Maria adalah Malaikat Jibril? Jadi, sekiranya mengikut doktrin Gereja Katolik, setelah Bonda Maria bersetuju untuk mengandungkan Firman Allah, maka Malaikat Jibril terus masuk ke dalam rahim Bonda Maria dan yang lahir ke dunia itu adalah Malaikat Jibril dan bukannya Firman Allah yang merendahkan diri Nya sebagai manusia???

    Sila BUKTIKAN di mana dalam Kitab Bible Roh Kudus adalah Malaikat Jibril dan buktikan melalui catatan Church’s Fathers yang hidup sebelum kemunculan Islam.

    Dear Penghibur,

    Apa yang kami percaya ini sudah wujud sejak zaman Para Rasul Jesus lagi. Jika kami salah, kenapa baru selepas 600 tahun Allah mahu membetulkan kesilapanNya??Satu tempoh yang panjang.

    Pemahaman konsep Trinity bukanlah semudah membaca dan memahami mengikut akal tanpa IMAN.

    Gereja Katolik mungkin lebih senang menerangkan Blessed Trinity seperti berikut:

    GOD IS THE CREATOR, GOD IS THE REDEEMER, GOD IS THE SANCTIFIER, BUT ALL IS ONE SAME GOD.

    Dan sekiranya anda membaca kitab Bible, maka akan lebih jelas kenapa Allah itu Pencipta (Kitab Genesis), Allah itu Penyelamat (dalam keseluruhan Bible ada menceritakan bagaimana Allah menyelamatkan umat-umatnya seperti dalam Kisah Moses dan Pharoah dan akhirnya bagaimana umat manusia keseluruhannya diselamatkan melalui Jesus yang membuka semula Pintu Syurga setelah Adam dan Hawa menutupnya akibat satu dosa sahaja) dan Allah itu Sanctifier (dalam Acts of the Apostles).

  39. Kepada mereka yang berminat untuk berbahas, berdiskusi, berbincang dengan panjang lebar tentang ajaran, doktrin dan domga Katolik tanpa dimoderasi (seperti yang dikehendaki oleh kuda_emas) maka sila ke pautan ini: http://romankatolik.ning.com/.

  40. @Oremust

    Terima Kasih atas pelawaan anda, saya juga mengalu-alukan anda datang ke blog saya, dan sememangnya blog saya tu juga terbuka untuk anda.

    By, Penghibur

  41. @Oremust

    Saya nantikan jawapan anda di dalam blog saya, saya dah susun sebaik mungkin, anda hanya perlu menjawab, baki soalan anda yang tidak berjawab, saya akan jawab terutama soalan-soalan dari Sibu Chatolic.

    Semoga kita saling hormat-menghormati, sekalipun kita mempunyai perbezaan pendapat.

    By, Penghibur

  42. olegon

    pening aku membacenya

  43. dee

    iman dan kepercayaan itu milik peribadi masing masing.. tidak perlu menjadi bahan perbahasan, tetapi peganglah apa yang kita imani sendiri.

    Respon:
    Saudara Dee,
    Apakah ‘iman’? Adakah ‘iman’ didefinisikan sebagai kepercayaan peribadi masing-masing? Jika begitu maksudnya, maka konsep ketuhanan bergantung kepada kreativiti pemikiran manusia semata-mata. Bolehkah sesuatu yang BENAR datang daripada pemikiran manusia? Tidak! Kebenaran bersifat MUTLAK dan datang daripada wahyu Tuhan Allah sendiri.

    Pengertian ‘iman’ yang sebenar ialah : Iman ialah penerimaan penuh akan Kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja.




Tinggalkan Jawapan kepada waterfall Batal balasan


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers