Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa dua perkataan ini iaitu Xmas dan Christmas adalah berbeza bukan saja dari segi ejaan tetapi maknanya.

Christmas atau Krismas merujuk kepada kelahiran atau kedatangan Yesus Kristus di Bethelem yang tarikhnya ditetapkan oleh Gereja pada 25hb setiap tahun. Christmas berasal daripada dua perkataan iaitu ‘Christ’ dan ‘Mass’ atau Kristus dan Misa (Kudus).  Jadi, Krismas bermaksud Misa Kudus yang dirayakan khas untuk kedatangan/kelahiran Yesus Kristus kepada manusia.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah komuniti yang ingin merayakan Christmas bersama-sama dengan orang Kristian tetapi mereka tidak percaya kepada Kristus (bukan penganut Kristian). Mereka tidak suka dengan CHRISTmas dan mahu menggantikan nama CHRIST dengan ‘X‘ (iaitu tuhan atau benda lain yang tidak diketahui).

Oleh yang demikian, mereka mencipta satu perayaan baru dan dipanggil sebagai Xmas. Ada juga yang menyebutnya sebagai ‘eksmas’ dan bukannya ‘krismas’. Ekoran daripada perkataan Xmas ini, maka wujudlah aktiviti-aktiviti perayaan yang tidak ada kena mengena dengan kelahiran Yesus Kristus. Malah anda juga boleh mendengar lagu-lagu Xmas yang langsung tidak berkaitan dengan agama Kristian seperti lagu Jingle Bells.

Kepada semua umat Kristian, elakkan daripada menggunakan Xmas dalam perbualan mahupun penulisan. Ejalah ‘Christmas’ dengan ejaan yang betul. Jangan kita tunduk kepada godaan dunia yang penuh dengan kejahatan.

Apabila anda mendengar lagu Christmas, pastikan lagu itu benar-benar lagu Rohani dan bukannya lagu pagan yang hanya meminjam nama Xmas.

Jika ada menghantar ucapan SMS, elakkan daripada menggunakan singkatan Xmas.

Selamat Menyambut Kelahiran/Kedatangan Yesus Kristus.

Juga, selamat Tahun Baru 2011.

Pada hari ini, saya telah membaca petikan Akitab [Mat 22:14] dan tertarik kepada ayat

“[11] And the king went in to see the guests: and he saw there a man who had not on a wedding garment. [12] And he saith to him: Friend, how camest thou in hither not having a wedding garment? But he was silent. [13] Then the king said to the waiters: Bind his hands and feet, and cast him into the exterior darkness: there shall be weeping and gnashing of teeth. ”

Sumber: http://www.drbo.org/chapter/47022.htm

 

Semua orang (baik dan jahat) akan dipanggil dan hadir ke perjamuan ‘perkahwinan’ ini tetapi kepada mereka yang tidak memakai pakaian kahwin (tidak dibaptis / telah melakukan dosa mortal) akan menerima hukum yang dahsyat (Neraka).

Sakramen Pembaptisan adalah wajib kepada semua umat manusia dan syarat untuk ke Syurga, seseorang itu harus juga berada dalam keadaan rahmat atau ‘in a state of grace’ iaitu jiwanya bebas daripada dosa mortal.

Dalam Gereja Katolik sahaja umat manusia diberi peluang untuk menghapuskan dosa mortal iaitu melalui Sakramen Pertobatan atau Pengakuan. Jika paderi gagal ditemui, maka umat boleh melakukan ‘perfect act of contrition’ iaitu penyesalan dengan sepenuh hati.

Kyrie eleison.

Rujukan:

http://www.sspxasia.com/Documents/The_Church_Year/Pentecost_19th_Sunday.htm

Sejak 40 tahun yang lalu, Konsili Vatican II telah bersidang dan membawa banyak perubahan yang mendadak terhadap Gereja sehinggakan ada beberapa golongan religius seperti SSPX bersuara lantang menentang perubahan tersebut yang menyebabkan Gereja tidak lagi berfungsi atau memainkan peranannya seperti yang dinyatakan dalam Tradisi Suci.

Daripada pautan http://www.dici.org/en/documents/petition-to-pope-benedict-xvi-for-a-more-in-depth-examination-of-the-second-ecumenical-vatican-council/ , Monsignor Brunero Gherardini,  paderi dari Dioses Prato dan merupakan seorang kanon dari Basilika Santo Petrus, mantan profesor Eklesiologi di Universiti Pontifical Lateran dan seorang Dekan para teologi Itali telah menulis surat kepada Paus Benedict XVI pada tahun 2009, menyeru kepadanya agar satu debat kritikal secara terbuka diadakan untuk membincangkan dokumen-dokumen Vatican II. Seruan ini disokong oleh Roberto de Mattei pada tahun 2010, seorang profesor tentang sejarah Gereja dan sejarah Kristian di Universiti European di Rom, dan merupakan timbalan presiden Konsili Penyelidikan Kebangsaan.

Saya juga menyeru kepada semua umat Katolik supaya sama-sama melihat, membaca dan menganalisis sejauh mana ajaran baharu Vatican II telah menyebabkan kerosakan kepada Gereja.

Kyrie eleison!

Pautan:

http://www.sspx.org/news/fissures_in_impregnable_walls_of_vatican_ii_10-14-2011.htm

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=b20058809b&view=lg&msg=13309476250cde79

Saya tertarik dengan artikel ini:

http://www.malaysiainsider.com/index.php/opinion/breaking-views/36999-cari-persamaan-bukan-perbezaan–marhaini-kamaruddin-dan-saharudin-musthafa-

yang bertajuk “Cari persamaan bukan perbezaan”.

Dipendekkan cerita, tanggungjawab kita yang sebenarnya ialah mencari KEBENARAN. Sekadar mencari ‘persamaan’ dan ‘perbezaan’ tidak mendekatkan kita kepada kebenaran. Sesuatu itu tidak menjadi ‘benar’ hanya kerana kuasa majoriti atau kerana ramai yang berkongsikan pendapat yang sama.

Kebenaran harus datang daripada sumber yang berautoriti. Yesus berkata: Akulah Kebenaran. Oleh kerana Kebenaran sempurna, maka kita harus mencari 100% kebenaran dan bukannya pada ‘persamaan’ mengikut ukuran manusiawi. Hanya Gereja Katolik yang diberi autoriti (kunci) oleh Yesus.

Kyrie eleison.

Semua umat Katolik yang berbahasa Melayu digalakkan mempelajari Tradisi Katolik melalui laman web ini:

http://tradisikatolik.blogspot.com/

Deo gratias.

Percayakan saudara/i seiman bahawa sebuah Gereja Katolik di Belgium iaitu Our Lady of Perpetual Succour, Brussels telah dijadikan sebagai tempat untuk pendatang Muslim tinggal dan beribadat di dalam Gereja. Ini merupakan bukti bahawa Gereja berada dalam krisis! Sila klik pautan ini untuk cerita selanjutnya:

http://www.brusselsjournal.com/node/1053

Long Live the Pope

Semua umat Katolik di seluruh dunia diseru agar memberi sokongan kepada Pope Benedict XVI supaya beliau sekali lagi merayakan Misa Latin Traditional di Katedral St Peter, Rome kepada umum.

http://www.facebook.com/home.php?ref=home#!/group.php?gid=123599954332218

http://supportthepope.com/

Support Pope Benedict XVI

Tunjukkan sokongan padu anda kepada Pope Benedict XVI dengan mengklik pautan ini:

http://supportthepope.com/support-the-pope/1

Untuk penerangan yang terperinci, sila klik pautan ini (dalam bahasa Inggeris):

http://www.fisheaters.com/fasting.html

Secara ringkasnya, umat Katolik diwajibkan berpuasa dan pantang pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung mengikut peraturan terbaru semasa musim Paska (Lent). Tetapi mengikut peraturan lama (Traditional), umat Katolik diwajibkan berpuasa pada hari Rabu Abu dan setiap hari Jumaat sepanjang musim Paska. Saya menggalakkan saudara/saudari seiman agar mengikut peraturan lama.

Pantang bermaksud tidak makan daging termasuk sup yang mengandungi daging. Ikan dibenarkan. Mengikut peraturan lama, umat berumur 7 tahun ke atas diwajibkan mengikuti peraturan ini tetapi peraturan baharu menaikkan umur kepada 14 tahun.

Berpuasa bermaksud umat hanya dibenarkan makan hidangan penuh sekali dan dua kali hidangan kecil (jika dicampurkan tidak menyamai satu hidangan penuh) sepanjang satu hari (24 jam). Makanan ringan atau ‘snack’ di antara jamuan tidak dibenarkan.  Minuman kopi, teh, jus buah-buahan dan air adalah dibenarkan. Secara tradisi, mereka yang berumur 21 tahun ke atas sehingga 59 adalah wajib mematuhi peraturan ini. Peraturan baharu menurunkan umur kepada 18 dan 59 tahun.

Mengikut peraturan lama, pantang daging ialah setiap Jumaat sepanjang tahun. Tetapi mengikut peraturan baharu, pantang daging boleh digantikan dengan ‘sogit’ lain, berdoa atau kerja-kerja amal. Tetapi daripada pemerhatian saya, penggantian ini tidak begitu dipraktikkan oleh umat Katolik.

Umat Katolik tidak berpuasa pada hari Minggu sepanjang tahun.

Selamat Berpuasa dan Pantang. Deo gratias.

Mengikut peraturan sekarang, umat hanya diwajibkan berpuasa dan berpantang pada Hari Rabu Abu dan Jumaat Agung.

Berpuasa bermaksud umat dibenarkan mengambil tiga hidangan sahaja dalam tempoh 1 hari/24 jam. Mengambil suapan lain seperti ‘snack’ di antara hidangan adalah tidak dibenarkan. Konsep ‘berbuka puasa’ tidak terpakai dalam agama Katolik.

Tiga hidangan yang dimaksudkan ialah 2x hidangan ringan tanpa daging dan 1x hidangan biasa (penuh). Jumlah kuantiti makanan kedua-dua hidangan ringan tidak seharusnya menyamai hidangan biasa. Itu bermaksud hidangan ringan sepatutnya kurang daripada separuh hidangan biasa. Umat dibenarkan mengambil minuman yang tidak berzat seperti air, kopi, teh ataupun minuman ringan pad bila-bila masa.

Contoh 1:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan ringan.
Malam – Hidangan biasa/penuh.

Contoh 2:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan biasa/penuh.
Malam – Hidangan ringan.

Berpantang bermaksud tidak makan daging seperti ayam, kerbau, lembu, dan sebagainya. Sup daging juga tidak dibenarkan termasuk mi segera berperisa ayam. Walau bagaimanapun, umat dibenarkan makan ikan dan telur (ayam).

Sebagai persediaan kita menghadapi Paska (Easter) iaitu kebangkitan Tuhan Yesus daripada kematian, disarankan agar umat berpuasa sepanjang musim  Lent iaitu Isnin hingga Sabtu.

Pada setiap hari Ahad umat tidak berpuasa/berpantang sepanjang tahun walaupun dalam musim Lent.

Di samping itu, umat juga boleh melakukan penance lain seperti kurangkan menonton tv, tidak membenarkan muzik atau lagu duniawi  dimainkan di dalam rumah, lebih kerap berdoa, berdoa Rosari setiap hari dan jangan lupa menghadiri Jalan Salib setiap hari Jumaat petang. Kita melakukan semua ini bukan kerana mengikut peraturan atau mencabar diri sendiri tetapi kerana kasih kita kepada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus.

Dalam musim Lent ini, godaan juga menjadi semakin mencabar. Tetapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk kita menerima banyak rahmat daripada Tuhan Allah.

Tuhan memberkati kalian semua.

Laman Berikutnya »


  • Laman

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 19 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.